Walaupun dunia sudah mulakan ‘kehidupan baharu’ selepas pandemik COVID-19 melanda, namun kesan yang ditinggalkannya telah mengganggu ekonomi dunia serta kewangan peribadi.

Bagaimanapun, kira-kira lebih 500,000 tempahan tertunggak kereta dipercayai ketika ini berbanding 267,000 unit yang diumumkan oleh Kementerian Kewangan pada 20 Jun lalu.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Penganalisis HLIB Research, Daniel Wong, berkata jumlah keseluruhan industri (TIV/Total Industry Volume) untuk tahun ini diunjurkan meningkat berikutan jangkaan penghantaran tempahan tinggi yang berterusan pada bulan-bulan akan datang.

Sumber Gambar: Muhd Hafiz Zainuddin / Facebook

Beliau berkata, jangkaan penghantaran tempahan tinggi itu disokong oleh tempahan tertunggak yang besar untuk pengeluar peralatan asli (OEM) utama iaitu Proton, Perodua, Honda, Toyota dan jenama lain.

Memetik laporan Berita Harian, Persatuan Automotif Malaysia (MAA) turut menyatakan menyatakan jangkaan TIV meningkat kepada 630,000 bagi 2022 berbanding 600,000 sebelum ini.

“Kami menganggarkan tempahan tertunggak industri ketika ini melonjak kepada lebih 500,000 unit berbanding 267,000 unit yang dinyatakan semasa pengumuman Kementerian Kewangan mengenai pengecualian Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) berakhir untuk tempahan baharu menjelang 30 Jun 2022 masih terpakai untuk penghantaran kenderaan sebelum 31 Mac 2023,” katanya dalam satu nota penyelidikan.

Daniel Wong berkata, walaupun jangkaan pemulihan TIV berterusan sehingga akhir tahun dengan disokong oleh paras tempahan tertunggak yang tinggi, dan TIV pada 2023 dijangka akan perlahan.

* Ikuti VOCKET CAR CLUB melalui Facebook dan Instagram untuk ketahui perkembangan dan isu semasa automotif dari dalam dan luar negara.

Sementara itu Ford Ranger 2022 telah dilancarkan di Malaysia baru-baru ini. Ford turut bawakan ‘satu model khas’ semasa pelancaran tersebut. Baca lebih lanjut melalui pautan di bawah.

Ford Ranger 2022 Hadir Dengan Ciri-Ciri Versatil, Harga Bermula Daripada RM108,888

Perdana Menteri Lancar Perodua Alza Baharu Dengan Harga Rasmi Bermula RM62,500

Hilang Garang Tetapi Tampil Matang, Honda Kongsi Gambar Rasmi Civic Type R 2023

Sumber