Bersesuaian dengan aliran teknologi yang semakin maju serta majoriti pengguna yang menggunakan WhatsApp, Malaysia Airlines nampaknya telah menawarkan sebuah kemudahan terbaru buat para pengguna.

Melalui kemaskini terbaru, anda yang telah membuat tempahan tiket penerbangan bersama Malaysia Airlines berpeluang menyemak tempahan dengan menggunakan WhatsApp sahaja. Mudah bukan?

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →
malaysia-airlines-plane
Sumber: thecoverage

Teknologi yang baru dilancarkan buat Malaysia Airlines ini nampaknya bakal menawarkan perkhidmatan check-in serta beberapa fungsi lain buat para pengguna pada masa akan datang. Kemaskini terbaru ini sekaligus menjadikan Malaysia Airlines sebagai penerbangan pertama di Malaysia dan terawal di dunia yang mengimplemen teknologi terbaru ini.

Sekiranya anda ingin mengoptimasikan bisnes anda melalui WhatsApp, anda turut boleh melakukannya dengan menggunakan WhatsApp for Business.