Sebut sahaja tentang ‘balik kampung’, pastinya ramai yang membayangkan suasana kampung yang aman damai serta jauh dari ibu kota. Memang seronok sungguh dapat berkumpul bersama sanak saudara yang sudah lama tidak berjumpa.

Dalam pada itu, kos perjalanan yang tinggi mungkin antara perkara yang tidak dielakkan sekiranya kampung anda berada jauh dari ibu kota. Sama ada di luar negeri mahupun negara, pastinya kos yang tinggi perlu dibelanjakan lebih-lebih lagi apabila sudah berkeluarga.

Mengetahui ramai pengguna yang terbeban dengan masalah ini, kini Traveloka dengan kerjasama Maybank telah menawarkan sebuah peluang dimana anda mampu menempah tiket penerbangan dan membuat pembayaran secara ansuran dengan mudah.

Bermula dengan tempahan serendah RM500, anda berpeluang untuk mendapatkan pinjaman secara ansuran selama 6 bulan dan bakal dilanjutkan sehingga 12 bulan sekiranya pinjaman anda melebihi RM1,000. Selain itu, anda juga berpeluang menempah hotel serta mendapatkan manfaat yang sama melalui tawaran terbaru Traveloka ini.

Tidak hanya dikhususkan buat mereka yang ingin pulang ke beraya, kerjasama diantara Traveloka dan Maybank ini dijangka akan berterusan membolehkan orang ramai travel ke serata negara dengan pinjaman tanpa ansuran.

Buat anda yang berminat untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai kerjasama Traveloka dan Maybank atau mungkin ingin mencuba servis terbaru ini, anda boleh ke laman web Traveloka di sini.