Semua sedia maklum koleksi Virgil Abloh x IKEA akan dilancarkan secara rasmi pada tahun 2020. Tetapi buat anda yang mahu buat tempahan awal untuk koleksi ini, anda sudah boleh berbuat demikian.

Setiap karpet hadir dengan corak yang unik dan selari dengan visi Virgil Abloh. Salah satunya pada permukaan karpet, dapat dilihat perkataan ‘KEEP OFF’ yang menonjolkan ciri-ciri rekaan Virgil Abloh.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Bagi anda yang ingin mendapatkan koleksi ini, harga permaidani kolaborasi ini bermula pada berharga $499 (~RM2,070). Koleksi ini akan tersedia untuk ditempah pada 10 Mei 2019 di IKEA New York kecuali Norfolk, Virginia dan Centennial, Colorado. Adakah koleksi ini pun akan tersedia di IKEA Malaysia tidak lama lagi? Sama-sama kita nantikan.