Nampaknya model Proton Saga 2019 tidak perlu tunggu lama untuk pikat hati rakyat Malaysia kerana sejak dilancarkan secara rasmi pada 6 Ogos lalu, Proton sudah menerima kira-kira 4,000 tempahan untuk model ini.

“Secara purata, kami menerima lebih kurang 500 tempahan untuk model Proton Saga ini. Ianya satu berita yang baik buat Proton,” kata Pengarah Pemasaran Proton, Cheng Seng Fook.

pexels-photo
HYPE
3 Cara Pengguna unifi Boleh Dapatkan Penggunaan Wi-Fi Yang Lebih Baik
Baca lagi →

Proton Saga 2019 laku kerasLebih 4000 tempahan telah diterima sejak dilancarkan 9 hari yg lepas. Purata tempahan…

Posted by The Ajerul on Wednesday, 14 August 2019

Rekaan lebih mantap Saga 2019 ini mendapat respon yang sangat positif daripada netizen. Sampaikan ada yang menyesal kerana tidak tunggu terlebih dahulu untuk model terbaru Saga ini.

Artis grafik tempatan, The Ajerul turut berkongsikan modifikasi ringkas yang boleh dibuat pada model 2019. Ubah sedikit sahaja, model ini terus nampak lebih elegan dan garang.

Ditambah lagi dengan harga permulaannya yang jauh lebih rendah daripada model sebelum ini (serendah RM32,800), ramai yang merasakan pembelian model Saga 2019 ini adalah sangat berbaloi. Adakah anda salah seorang yang sudah membuat tempahan untuk model ini?

Anda Mungkin Suka