Norway di antara destinasi yang digemari dikalangan pengembara tegar. Paling seronok, selain dari terkenal dengan permandangan yang cantik, Norway juga merupakan salah satu bandar termoden di dunia. Oh ya! Kalau anda nak tahu, Norway juga termasuk dalam senarai Negara paling selamat untuk pelancong.

Kalau anda merancang untuk ke Norway, di sini senarai 10 lokasi best yang anda patut pergi.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Alesund, Norway.

1. Alesund
Terletak di pantai barat Norway, bandar ini dibina semula pada tahun 1904 selepas berlakunya peristiwa kebakaran besar suatu ketika dahulu. Kini Alesund merupakan salah satu bandar tercantik di dunia.

2. Tromso
Bandar terbesar di Utara Norway. Tromos sangat terkenal dengan rekaan rumah kayu abad ke 18 dan kecantikan alam semulajadinya. Terletak lebih kurang 350 km (217 batu) dari Garisan utara artik, Tromso ialah salah satu tempat terbaik di dunia untuk anda melihat Northern Lights.

3. Trondheim
Trondheim merupakan bandar ke 3 terbesar di Norway, ini destinasi paling ideal buat anda yang mahu meneroka sejarah di Norway.

4

4. Jotunheimen National Park
Jotunheimen atau dikenali dengan panggilan ‘ Rumah Gergasi ‘. Kawasan pergunungan meliputi 29 kemuncak tetinggi di Norway dan berhampiran dengan air terjun Vettisfossen iaitu air terjun tertinggi di Norway.

5

5. Svalbard
Svalbard ialah satu gugusan pulau terletak antara Lautan Artik, Barents Sea, Greenland Sea , dan Norwegian Sea. Di sini juga terdapat hidupan liar seperti beruang kutub, karibu, rusa kutub, musang kutub, ikan paus, anjing laut dan walrus

6

6. Oslo
Oslo ialah sebuah bandar moden yang terkenal dengan suasana tenang dan aman. Yang menariknya, hanya 1/3 sahaja kawasan bandar dan 2/3 lagi adalah taman-taman hijau dan kawasan hutan. Banyak aktiviti luar yang anda boleh lakukan di sini.

7

7. Stavanger
Stavanger merupakan salah satu tempat dengan kawasan pantai yang luas di dunia. Tempat ini sangat popular dikalangan pelancong terutama pada musim panas. Untuk anda yang suka berjemur, ini adalah destinasi pilihan yang tepat dan menyeronokkan.

8

8. Lofoten Islands
Tempat ini paling popular di Norway, ia terletak di bahagian utara dan merupakan perkampungan kepada nelayan-nelayan kecil disini. Tempat ini di sifatkan sebagai sebahagian penting kepada permandangan-permandangan indah di Norway.

9. Bergen
Bandar ke 2 terbesar di Norway. Bergen merupakan pelabuhan utama di negara ini pada abad ke 15. Tetapi hari ini ia dikenali sebagai destinasi pelancongan penuh dengan restoran tepi laut yang sedap.

10

10. Western Fjords
Paling disyorkan! Western Fjords sangat terkenal dengan keindahan alam semulajadi yang menggagumkan. Umumnya ia agak sempit dan dikelilingi gunung-gunung tinggi dengan batu bercuram.

BACA: Kejadian Alam Semulajadi Ini Memikat Hati Kami Terbang Ke Norway, Kami Tidak Mahu Pulang