Bagi mengurangkan risiko penularan wabak COVID-19 ketika ini, Dewan Rakyat yang menjadi tempat persidangan ahli parlimen kini dilengkapi dengan penghadang lut sinar.

Pelindung lut sinar yang memisahkan ahli parlimen itu dilaporkan mula digunakan sejak semalam oleh beberapa laporan media tempatan dan melalui perkongsian di media sosial oleh ahli politik negara ini.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Menurut Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat Azalina Othman Said, ahli parlimen yang menyertai persidangan itu perlu menarik  menarik penghadang tersebut semasa duduk di dalam dewan untuk memastikan jarak pemisah antara dan tiada kontak rapat antara mereka.

Bakal kembali ke tempat duduk asal

Sebelum pemasangan penghadang tersebut sebelum ini, ada di antara ahli parlimen yang terpaksa duduk di tempat pegawai di sebelah kiri dan kanan dewan.

Pemasangan penghadang tersebut sekaligus bakal memastikan ahli-ahli parlimen ini bakal kembali ke tempat duduk asal mereka.

Azalina bagaimanapun menjelaskan setakat ini hanya sebahagian penghadang sahaja dapat dipasang dan menjangkakan ianya akan dapat diselesaikan pada minggu hadapan.

“Bagaimanapun masih terdapat sebahagian ahli yang berhormat perlu duduk di tempat duduk pegawai di sebelah kiri dan kanan, dan kerana hanya sebahagian penghadang lut sinar yang dapat dipasang dalam tempoh terdekat ini.

“Oleh demikian saya memohon kesabaran ahli yang berhormat sehingga perkara ini dapat diselesaikan,” katanya seperti dipetik Malaysiakini.

Ahli parlimen dan Yang di-Pertuan Agong sebelum ini juga pernah mencuri tumpuan apabila seluruh dewan menunjukkan solidariti kepada petugas barisan hadapan COVID-19 dengan berdiri seketika. Baca mengenainya di pautan di bawah. 

Agong Dan Ahli Parlimen Berdiri Sebagai Penghormatan Kepada ‘Frontliner’ COVID-19

P. Prabakaran Diumumkan Sebagai Ahli Parlimen Termuda Malaysia

Ini Jumlah Pendapatan Bulanan Perdana Menteri Dan Anggota Pentadbiran Kerajaan Menurut SPRM