Tidak hanya berjaya memperkenalkan produk yang kreatif dan inovatif, Google juga ternyata berjaya memberikan yang terbaik buat para pekerjanya. Berdasarkan kajian Business Insider terhadap 500 pekerja di setiap syarikat ternama sepanjang tahun ini, Google telah berjaya menjadi syarikat pilihan buat para pekerja.

Beberapa syarikat lain turut menempah tempat dalam 50 syarikat terbaik untuk bekerja antara Facebook ditangga ke-3, Netflix ditangga ke-9 manakala Apple pada tangga ke-18. Berikut merupakan rekaan dalaman pejabat Google yang berjaya membuatkan para pekerjanya berpuas hati untuk berkhidmat di syarikat ini.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

google-budapest-office-2

ticket-master-london-8

terrific_google_corporate_office_images__google_office_google_office_pictures_in_hyderabad-950×679

Dublin atrium

Tidak hairanlah syarikat ini berjaya dinobatkan sebagai tempat kerja terbaik hasil undian para pekerja. Gaya ruang pejabat terbuka yang diimplemen Google juga dikatakan mampu memberi peluang buat para pekerja bebas bekerja dimana sahaja sekaligus meningkatkan produktiviti pekerjaan.

Sememangnya tahun yang bermakna buat Google, produk yang dihasilkan pada tahun ini berjaya menambat hati ramai pengguna begitu juga dengan teknologi-teknologi baru yang sedang dibangunkan. Tonton video dibawah untuk mendapat gambaran kehidupan bekerja di Google.