Hujan lebat yang berlaku di sekitar Klang dan Subang Jaya semalam telah menyebabkan kesesakan lalu lintas luar biasa di kawasan tersebut. Buktinya, tular beberapa perkongsian video dan gambar oleh pengguna jalan raya di laman sosial.

Hujan lebat yang dipercayai bermula sejak jam 2 petang telah menyebabkan banjir kilat dan kerosakan harta benda akibat angin kencang. Menurut perkongsian pengguna-pengguna laman sosial beberapa kereta mengalami kerosakan teruk akibat ditimpa atap dan pokok-pokok yang ditiup angin

Amirudin Shari cover
HYPE
Rumusan Selangor Prihatin 2.0: Pakej Rangsangan Ekonomi Yang Bantu Semua Golongan
Baca lagi →

Hujan lebat tersebut turut menyebabkan tempat letak kereta bawah tanah Sunway Pyramid ditenggelami air. Kejadian ini telah menyebabkan kecemasan dalam kalangan pengguna yang meletakkan kereta di tingkat bawah pusat beli belah tersebut.

Anda Mungkin Suka