Seperti yang pernah disiarkan pada artikel yang lepas, ada berberapa lokasi tarikan utama di Afghanistan dan salah satu di antaranya adalah Bandar Kabul. Melihat sendiri bandar Kabul memang satu pengalaman yang cukup awesome.

Bagi anda yang mahu ke Afghanistan, Kabul merupakan bandar yang cukup popular di sini dan selamat. Besar juga bandar Kabul, jadi kami senaraikan 5 antara tempat yang boleh anda pergi jika berkunjung ke sini.

1.Kabul Market

kabul-market

Anda boleh berjalan-jalan di sekitar Kabul Market. Di sini juga terdapat banyak kedai yang menjual pelbagai peralatan dari pakaian sehinggalah ke barang makanan. Nak cari cenderahati dari Afghanistan pun boleh dapatkan di sini, harga murah pula tu.

2. Masjid

masjid-di-kabul

Ada banyak masjid di Kabul, dan 2 di antara yang menarik anda boleh pergi ialah Masjid Abdul Rahman dan Masjid Pul-e Khishti Mosque. Ke dua-dua lokasi Masjid ini sangat dekat antara satu sama lain dan ia sangat merupakan Masjid popular di Kabul.

3. Darul Aman Palace

darul-aman-palace

Darul Aman Palace merupakan istana Raja Amanullah, Memang di antara tempat yang anda patut pergi jika sudah jejak ke bumi Afghanistan. Banyak kisah menarik berkaitan negara Afghanistan yang boleh anda tahu di sini terutama sejarah bagaimana Afghanistan mencapai kemerdekaan negaranya daripada di jajah.

Ketika saya berkunjung ke sini, Darul Aman Palace sedang di dalam proses pembinaan semula, jadi saya tidak berkesempatan untuk masuk secara lebih dekat.

4. Muzium Dan Zoo Kabul

muzium-kabul

Melawat ke muzium dan zoo di Kabul. Ke dua tempat ini sangat dekat dan berhampiran dengan lokasi Darul Aman Palace. Muzium kabul sangat unik, banyak tinggalan sejarah dan kisah-kisah menarik. Paling wow adalah kisah telefon Ericson yang dipaparkan di dalam muzium.

Kalau mahu tahu kena lah datang sendiri di muzium Kabul, harga tiket untuk pelancong 1000 afghanis. Untuk bawa masuk kamera dikenakan caj tambahan.

5. Qargha Lake

screenshot_1

Mahu rasa makanan barat seperti chicken chop, pizza atau burger boleh cuba datang ke Qargha Lake. Ini merupakan tempat makan eksklusif dan dilabelkan sebagai tempat makan orang-orang VIP.

Anda boleh makan dan santai sambil menikmati permandangan tasik biru, memang santai habis. Di sini juga kawalan keselamatan sangat ketat, memang VIP sungguh.

Ini di antara 5 senarai tempat menarik yang anda boleh pergi di Kabul. Sebenarnya banyak lagi tempat menarik untuk dikunjungi, senarai ini hanyalah sebagai rujukan untuk anda. Sekurang-kurangnya boleh digunakan untuk rancang lokasi menarik yang mahu anda pergi nanti.

Orang kata kalau tak pergi Kabul tak Afghanistan lah, tapi lokasi tu cuma nama sahaja, pengalaman tu yang lebih penting, setuju?