Bandar kedua terbesar di Sabah ini pernah menjadi tempat kem tentera udara Jepun berpusat semasa Perang Dunia Kedua. Di tempat ini jugalah merupakan titik mulanya Death March pada tahun 1945 yang pada akhirnya mengorbankan ribuan nyawa tebusan perang dan hanya enam orang yang berjaya menyelamatkan diri.

Pengeboman oleh tentera bersekutu telah melumpuhkan penguasaan pihak Jepun pada ketika itu. Kini bandar Sandakan mengalami perkembangan pesat dalam bidang pelancongan terutamanya eco-tourism.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Di sini saya ingin mengongsikan beberapa buah tempat menarik yang boleh anda lawati sekiranya anda ke Sandakan.

1. Sepilok

1

Dengan berkunjung ke Sepilok anda dapat melihat sendiri Orang Utan di habitat semula jadi mereka dan anda juga berpeluang untuk menyentuh spesies yang semakin pupus ini.

Namun, harus diingati bahawa orang utan adalah enam kali lebih kuat berbanding manusia. Oleh itu, sentiasalah berwaspada! Don’t get too excited!

2. Labuk Bay

2

Proboscis Monkey atau monyet belanda hanya boleh ditemui di kepulauan Borneo dan semakin hari jumlah monyet belanda ini semakin berkurangan disebabkan pembalakan dan juga pencemaran alam.

Oleh itu, jika anda ke Sandakan jangan lepaskan peluang untuk ke Labuk Bay untuk melihat sendiri spesies terancam ini.

3. Rumah Agnes Keith

Mengambil gambar di dalam rumah Agnes Keith adalah tidak dibenarkan

Anda pasti pernah mendengar Sabah Land below the Wind. Namun pasti ada diantara anda yang tidak mengetahui nama Land Below the Wind diambil daripada buku tulisan Agnes Keith yang bertajuk Land Below the Wind dimana beliau menceritakan pengalaman beliau menetap di Sandakan, Sabah sewaktu perang dunia kedua.

Kini anda boleh melawat rumah yang pernah didiami oleh beliau dan keluarga semasa perang dunia kedua. Dengan melawat rumah ini anda boleh mengetahui kisah hidup beliau dengan lebih lanjut lagi.

Sekiranya anda seorang yang meminati sejarah terutamanya sejarah perang dunia kedua di kepulauan Borneo anda harus melawat Rumah Agnes Keith.

4. Sandakan War Memorial Park

4

War Memorial ini merupakan bekas kem tentera udara Jepun semasa Perang Dunia Kedua. Taman peringatan ini dibangunkan bagi memperingati korban tebusan perang yang terlibat di dalam Death March menuju ke Ranau.

5. Gua Gomatong

5

Gua terbesar di Sabah ini terletak di daerah Sukau. Kira-kira 2 jam perjalanan dari Sandakan. Sekiranya anda berminat untuk melihat gua tempat dimana sarang burung layang-layang dipungut anda bolehlah ke Gua Gomantong.

Namun, jika anda mempunyai weak stomach bersiap sedialah dengan penutup mulut kerana bau di dalam gua ini bukanlah untuk semua orang.