Ketenangan dan kedamaian adalah misi semua orang. Pada zaman yang serba mencabar ini, ada orang mencari ketenangan dengan mengembara dan ada juga yang memilih untuk duduk sendirian di tempat yang sunyi dan tidak di datangi ramai orang.

Tetapi tahukah anda idea ‘mencari ketenangan’ ini mampu pergi terlalu jauh dan menakutkan?

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Anda mesti tertanya-tanya mengapa kami katakan begitu? Jawapannya adalah kerana kewujudan satu ruang khas yang sunyi dan paling senyap di dunia, iaitu Anechoic Chamber.

Ia adalah satu ruang khas yang menyerap sepenuhnya gelombang bunyi dan elektromagnetik. Disebabkan itu, ia menjadikan ruang ini maha senyap dan sangat menakutkan.

quietestplace
Jonathan Haeber

Kebiasan orang jika dia mahu mendengar degupan jantung, dia akan menekan telapak tangan ke bahagian dada. Tetapi jika anda berada di ruang ini, anda mampu untuk mendengar bunyi-bunyi yang dihasilkan oleh jantung dan beberapa organ lain yang tak pernah didengari sebelum ini.

Dan disebabkan itu, ruang ini telah direkodkan sebagai tempat paling sunyi dan tenang di dunia. Ia boleh jadi menakutkan apabila kebanyakkan orang hanya mampu bertahan selama beberapa minit sahaja di dalam ruang ini dan rekod paling lama pernah dicatatkan adalah 1 jam.

Tetapi ruang ini dibina bukanlah untuk menyeksa manusia. Ianya lebih kepada eksperimen syarikat-syarikat besar untuk mengetahui kekuatan bunyi yang dihasilkan oleh produk mereka. Bagi NASA pula, ruang ini dibina untuk membantu para angkasawan menyesuaikan diri dengan kesunyian di ruang angkasa. Pada tahun 2015, ruang anechoic milik Microsoft telah direkodkan sebagai tempat paling sunyi oleh Guinness World Records.

anechoic-6
psaudio.com

Walau bagaimanapun, bagi anda dan saya, ruang ini adalah tempat yang sangat menakutkan. Bukan sahaja kita mampu mendengar segala bunyi yang tidak biasa kita dengar, bahkan ia mampu untuk membuatkan anda menjadi bingung atau gila.

“Bagaimana kita mengawal diri kita sendiri adalah melalui bunyi yang kita dengar semasa kita berjalan. Di ruang ini, anda tidak mempunyai isyarat [bunyi],” kata Orfield, CEO kepada Orfield Laboratories. “Kita mengambil isyarat [bunyi] yang membolehkan kita mengawal [badan] dan bergerak, jika kita berada di sana selama setengah jam, kita perlu duduk di atas kerusi.”

Oleh itu, jika anda mahukan ‘ketenangan diri’, ingatlah bahawa ia juga mampu untuk menjadikan anda gila.

Disini kami kepilkan artikel lain berkenaan dengan bunyi untuk informasi tambahan kepada anda. Klik pautan di bawah untuk mengetahui lebih lanjut.

Dengarkan Bunyi Di Planet Marikh Yang Dirakamkan Buat Pertama Kali

‘Earplugs’ Berteknologi Ini Membantu Anda Kawal Bunyi Bising Dalam Dunia Sebenar