Pada awal bulan Jun lalu, pengedar-pengedar Honda Malaysia sudah mula membuka tempahan untuk model SUV generasi baharu Honda HR-V 2022 dan beberapa lokasi ada membuat ‘pameran tertutup’ kepada sekumpulan kecil orang awam pada pertengahan bulan lalu untuk melihat model SUV itu lebih dekat.

Baru-baru ini laman Paultan.org melaporkan satu memo dalaman yang dikongsikan oleh Honda Malaysia Sdn Bhd (HMSB) memaklumkan bahawa waiting period untuk SUV baharu ini mengambil masa sehingga lebih 12 bulan.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

“HMSB meminta pengedar-pengedarnya untuk tidak memberikan ‘janji manis’, menerangkan tempoh menunggu sedia ada dan memberikan perkembangan terkini berkaitan tempahan kenderaan pelanggan mereka,” petik laman berkenaan.

Jumlah tempahan sedia ada yang tinggi itu disebabkan orang ramai tidak mahu melepaskan peluang pengecualian cukai jualan kenderaan yang berakhir pada 30 Jun lalu.

Empat varian yang ditawarkan untuk negara ini; Gred S (tanpa turbo), Gred E (ada turbo), Gred V (ada turbo) dan RS e:HEV (sistem hibrid) dengan harga anggaran untuk varian asas bermula RM120,000 sehingga RM138,000 untuk varian tertinggi.

Jika anda tidak kisah untuk menunggu ‘satu jangka masa lama’ bagi mendapatkan model ini, bolehlah semak dan hadir ke mana-mana pengedar berhampiran dengan lokasi anda melalui pautan ini.

Pelancaran rasmi masih belum dibuat, bagaimanapun jumlah tempahan Honda HR-V 2022 diterima sangat baik. Baca lebih lanjut melalui pautan di bawah.

Bakal Dilancarkan Pada Suku Ke-3 Tahun Ini, Model Honda HR-V Baharu Kini Sedia Ditempah

Honda HR-V 2021 Lebih Moden Dan Agresif, Hadir Dengan Dua Pilihan Gaya

Sumber