Mula diperkenalkan sebagai cara untuk memadam mesej yang tidak sengaja dihantar atau mengandungi typo, fungsi yang tersedia di WhatsApp ini ternyata turut mendapat kemaskini terbaru.

Berdasarkan kemaskini terbaru, fungsi yang berpeluang para pengguna memadam mesej yang dihantar kurang daripada tujuh minit kini telah dipanjangkan kepada satu jam dan lapan minit.

Pertambahan masa untuk anda memadam mesej ini membolehkan para pengguna mempunyai masa yang lebih lama untuk menyemak semula mesej yang dihantar khususnya di WhatsApp Group. Pastikan anda mengemaskini aplikasi WhatsApp anda sebelum anda menggunakan fungsi terbaru daripada WhatsApp ini.

BACAAN SETERUSNYA

© 2018 Vocket Media Sdn Bhd (1173405-W). Dibuat dengan cinta di Damansara ❤