Sudah menjadi kewajipan makanan yang disediakan khususnya di restoran mementingkan kebersihan serta kesegaran makanan. Selain itu, bebas daripada haiwan perosak antara yang menjadi keutamaan dalam memastikan makanan yang ditawarkan tidak terdedah kepada haiwan perosak ini.
Artikel Berkaitan:
- Roti Berkulat Dan Ayam Berbau, Netizen Luah Rasa Kecewa Dengan Restoran Popular Di Kemaman Ini
- Hidangkan Roti Berkulat Kepada Pelanggan, Kedai Kopi Popular Ini Tampil Membuat Permohonan Maaf
Terbaharu, tular sebuah isu menerusi perkongsian Twitter @AfiqShari apabila sebuah restoran francais popular di Kota Kemuning diarah tutup oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) selepas didapati kotor serta tidak mematahui prosedur yang ditetapkan.
Rare mat. McD Kota Kemuning diarah tutup oleh KKM. First time dalam hidup tengok restoran fast food diarah tutup macam ni. pic.twitter.com/XH1YjGQ4Kn
— Afiq Shari 🇲🇾 (@AfiqShari) February 8, 2023

Lebih mengejutkan ramai, difahamkan punca penutupan restoran ini buat sementara waktu dibuat selepas didapati terdapat kaunter yang seolah selesa berada di kaunter restoran tersebut.
Bukan itu sahaja, seorang daripada warga Twitter memaklumkan restoran makanan popular ini sudah mempunyai pelbagai kes melibatkan masalah kebersihan sebelum ini.
Punya la teruk McD ni, orang2 Kota Kemuning happy gila McD ditutup.
Sumber group Facebook Kota Kemuning pic.twitter.com/GVbLyrlpLx
— Afiq Shari 🇲🇾 (@AfiqShari) February 8, 2023
Penutupan sementara restoran makanan popular ini turut menyaksikan warga setempat seolah ‘gembira’ selepas difahamkan pelbagai aduan dibuat. Malah, terdapat netizen yang memaklumkan restoran makanan popular ini sememangnya diketahui mengenai kebersihan restorannya yang teruk serta turut mempunyai pekerja yang biadap.
Diharap penutupan restoran makanan popular cawangan Kota Kemuning ini sekaligus bakal menjadi pengajaran sekaligus menjadi tamparan hebat buat pengendali restoran makanan francais untuk sentiasa mementingkan kebersihan makanan yang disajikan.