Syarikat pembekalan elektrik, Tenaga Nasional Berhad pada hari ini mengumumkan syarikat mereka bakal mula menceburi industri jalur lebar berkelajuan tinggi.

Semuanya bermula apabila syarikat penawaran rangkaian elektrik ini mempunyai kabel jalur lebar meliputi seluruh malaysia dengan kepanjangan 12,000 kilometer. Melihat kepada penggunaan internet yang memerlukan penggunaan jalur lebar yang minimum, TNB berminat untuk turut menawarkan internet buat para pengguna di Malaysia.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Setakat ini, projek dibawah kelolaan TNB ini baru sahaja bermula di Jasin dan dijangka kawasan peanwaran internet dikawasan sekitar bakal bertambah dari semasa ke semasa.

Untuk pengetahuan anda, TNB sudahpun mempunyai syarikat jalur-lebar khusus buat mereka yang berada di sekitar Cyberjaya yang dinamakan Cyberjaya Broadband. Para pengguna berpeluang menikmati internet berkelajuan tinggi ini dengan kelajuan sehingga 1 Gbps.

Agak menarik untuk menyaksikan bagaimana kehadiran TNB di dalam industri jalur lebar bakal menggugat syarikat besar seperti Telekom Malaysia dan TIME.