Satelit buatan manusia telah lama memanfaatkan tenaga matahari kerana ia berada di luar atmosfera bumi, ini membolehkan satelit itu menghasilkan berlipat ganda tenaga berbanding sistem tenaga solar yang ada di permukaan bumi. Cuba bayangkan jika kita mampu memindahkan tenaga dari satelit itu ke bumi. Berapa banyak tenaga kita mampu hasilkan sehari. Jangan terkejut jika idea science fictional ini menjadi kenyataan tidak lama lagi.

Ini kerana ahli-ahli sains Japan Aerospace Exploration Agency (JAXA) baru sahaja menemui penemuan penting dalam proses pemancaran tenaga tanpa sebarang medium, erti kata lain wireless. menurut Phys.Org, mereka telah berjaya menghantar 1.8 kilowatt tenaga kepada pemancar yang diletak sejauh 170 kaki hanya berbekalkan ketuhar gelombang mikro. Walaupun jarak tidak jauh, pencapaian ini dianggap sebagai satu langkah penting ke arah pembangunan penghantaran tenaga dari angkasa lepas ke permukaan bumi.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

https://www.youtube.com/watch?v=D56vRfv71OA&t=15