Seorang lelaki tempatan terpaksa berhadapan dengan pihak berkuasa selepas cuba mengambil alat bantu dengar atau ‘earphones’ yang terjatuh ke di atas landasan LRT di stesen Taman Paramount semalam, lapor Sinar Harian.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, kejadian berlaku pada pukul 8:09 pagi selepas sistem penggera berbunyi disebabkan kehadiran seorang lelaki tempatan di Platform 1 (Arah Utara).

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

“Lelaki itu ditangkap sedang mengambil fon telinganya dari landasan, menyebabkan kereta api terlewat selama tiga minit.

“Lelaki berusia 23 tahun itu ditahan kerana menceroboh landasan kereta api dan didakwa di Mahkamah Petaling Jaya mengikut Seksyen 62 Akta Kereta Api 1991,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mohamad Fakhrudin menasihatkan orang ramai supaya mematuhi undang-undang dan mengelak daripada melakukan perbuatan jenayah.

Beliau juga mengingatkan penumpang supaya mengutamakan keselamatan diri dan mengelak daripada mengambil risiko yang tidak perlu untuk harta benda kecil.