Umat Islam di Malaysia menyambut Hari Raya Aidiladha semalam dan perayaan ini disambut bagi menghormati kesanggupan Nabi Ibrahim untuk mengorbankan anaknya Nabi Ismail sebagai tindakan mematuhi perintah Allah.

Ketika Aidiladha, mengedarkan daging di kalangan masyarakat dianggap sebagai bahagian penting dalam perayaan ini. Terbaharu, sebuah video tular di media sosial memaparkan dua minah saleh bertanya tentang ibadah korban.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Menerusi video tersebut, dapat dilihat Ustaz Azhar Idrus secara tenang menjawab soalan daripada minah saleh tersebut berhubung ibadah korban dan menjelaskan kenapa ia dilakukan.

Perkongsian tersebut telah meraih perhatian orang ramai dan rata-rata netizen berasa bangga kerana Ustaz Azhar Idrus berkomunikasi dalam bahasa Inggeris dengan baik.

Bukan itu sahaja, rata-rata netizen juga memuji Ustaz Azhar Idrus dan mengatakan mungkin lepas ini boleh memberikan ceramah menggunakan bahasa Inggeris pula.

Sementara itu, kami kongsikan beberapa artikel yang sedang ‘trending’ di The Vocket pada pautan di bawah.

‘Dari 2015 Mereka Dah Buat Hal’ – Merdekarya Kongsi Kisah Pernah Disabotaj Pasangan Tular

Cemas Dan Merisaukan, Netizen Kongsi Pengalaman Gajah Buat ‘Spotcheck’ Semasa Pulang Ke Kampung