Kemalangan disebabkan segelintir pihak ‘melanggar lampu merah’ seperti tiada penghujungnya. Boleh dikatakan hampir setiap minggu rakaman dashcam kemalangan dikongsikan oleh orang ramai.

Pada petang semalam tular satu rakaman video kemalangan melibatkan seorang penghantar makanan dengan penunggang motosikal lain yang melanggar lampu merah. Sejurus kemalangan berlaku, orang ramai mengerumuni tempat kejadian untuk membantu kedua-dua mangsa.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Salah seorang pengguna Twitter @jarrnadjmuddean telah berkongsi beberapa ciapan bagaimana beliau membantu kakak iparnya (penghantar makanan) dan remaja lelaki yang melanggar lampu merah itu.

Menurut Jar, lampu isyarat di bahagian kakak iparnya sudah lama menyala warna hijau, setelah 3-4 saat menyala barulah kakak iparnya bergerak. Sejurus dia membelok ke kanan, secara tiba-tiba sebuah motosikal meluru dengan laju dan merempuhnya.

Jar sampai ke tempat kejadian untuk melihat keadaan kakak iparnya sebelum ambulans sampai. Setelah menenangkan kakak iparnya, dia berjumpa dengan remaja lelaki terbabit untuk menanyakan keadaannya.

Ada orang awam di tempat kejadian memberikan pesanan kepadanya agar jangan hilang akal untuk mengamuk kepada remaja lelaki tersebut. Dalam ciapan dikongsikannya, Jar menegaskan dia lebih mementingkan keadaan kakak iparnya berbanding mahu mengamuk kepada remaja lelaki terbabit.

Tambah Jar lagi, dia dan anak buahnya telah tolong menghubungi ahli keluarga remaja lelaki itu untuk memaklumkan mengenai kejadian kemalangan tersebut. Semasa berada di hospital, abang-abang remaja lelaki itu berjumpa dengan Jar dan mengucapkan terima kasih kerana membantu serta memberi layanan yang baik walaupun adik mereka bersalah dalam hal ini.

Difahamkan kakak ipar Jar tidak mengalami sebarang kecederaan yang serius dan sekarang sedang berehat di rumah dan akan membuat rawatan susulan pada hari Jumaat ini.

Kedua-dua pihak telah pun membuat laporan polis dan remaja lelaki tersebut mengaku salah kerana melanggar lampu merah sehingga menyebabkan kemalangan tersebut berlaku.

Diharapkan agar orang ramai mengambil iktibar daripada kejadian ini kerana satu kelalaian kecil di atas jalan raya boleh menyebabkan kemalangan yang tidak diingini berlaku.

‘Ustaz Hamadi’ mengucapkan ribuan terima kasih kepada orang ramai yang membantunya ketika terlibat dalam kemalangan motosikal baru-baru ini. Baca lebih lanjut melalui pautan di bawah.

Azhan Rani Ucap Terima Kasih Pada Yang Bantu Ketika Kemalangan, Tegur Penunggang Motosikal Cuai

Bahayakan Pengguna Lain, PBT Halau Orang Ramai Berhenti Bergambar Di Lebuh Raya Bukit Kukus

Sumber