Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

Semua orang sedia maklum stesen minyak merupakan salah satu tempat yang berisiko tinggi untuk mengalami kemalangan lebih-lebih lagi semasa mengisi minyak.

Terbaru, tular satu rakaman CCTV menunjukkan sebuah Perodua Kenari terbakar pada bahagian bawah kereta. Kejadian tersebut berlaku di Stesen Minyak Petron ML1.5 Sandakan.

Rakaman CCTV kes sebuah kenderaan terbakar ketika isi minyak. Kejadian berlaku pada pagi Khamis 1/4/2021 di Stesen Minyak Petron ML1.5 Sandakan. Tiada kemalangan jiwa dilaporkan..#inforoadblock

Posted by Info Roadblock JPJ/POLIS on Monday, April 5, 2021

Rakaman video tersebut bermula dengan pemandu sedang memandang pada bahagian bawah kereta sebelum dia mengambil bekas siram pokok yang berada berhampiran untuk memadamkan api.

Beberapa staf stesen minyak dan orang awam datang memberikan bantuan dan api berjaya dipadamkan sepenuhnya sebelum sempat merebak memusnahkan kereta tersebut.

Rata-rata ramai pengguna media sosial memuji ‘abang motor helmet merah’ kerana tenang memadam api tersebut sebelum menjadi lebih marak.

vocket-kereta-terbakar-stesen-minyak-3

Sumber Gambar: Facebook

vocket-kereta-terbakar-stesen-minyak-5

Sumber Gambar: Facebook

vocket-kereta-terbakar-stesen-minyak-6

Sumber Gambar: Facebook

Rakaman CCTV telah ‘membuka mata’ banyak pihak betapa pentingnya mematuhi peraturan dan larangan semasa berada di stesen minyak. Sebagai pengguna stesen minyak, kita dikehendaki mematikan enjin kereta dan berhenti menggunakan telefon pintar dahulu sebelum mengisi minyak.

Pada masa yang sama jika berlaku perkara yang tidak diingini, kita juga perlu ‘bertenang’ dan jangan panik supaya kita dapat mengawal keadaan dengan bertindak dengan waras.

Baca lagi artikel-artikel terbaru yang kami kongsikan sepanjang minggu ini melalui pautan di bawah.

Ketua Sindiket Kartel Projek Kerajaan Ditahan, ‘Aset’ Bernilai RM148.2 Juta Disita

Gara-Gara Selebriti Langgar SOP, Surat Pelepasan Negeri Diperketatkan Dengan Laporan Itinerari?

Rumah RM300,000 Dengan Keluasan 900 Kaki Persegi Dilabel Sebagai Rumah Mampu Milik

Anda Mungkin Suka