Pada tahun lalu orang ramai berasa kagum apabila melihat sebuah Myvi dirakam menarik sebuah lori dipercayai rosak di sebuah lebuh raya.

Baru-baru ini pula, seorang pengguna TikTok @labus27 telah menarik perhatian ramai apabila kereta Myvi yang sedang dinaikinya sedang menarik sebuah Shacman, lori trak buatan China.

@

♬ –

Walaupun saiz lori trak itu berkali-kali ganda lebih besar daripada kereta keluaran Malaysia itu, namun kelihatan Myvi itu tidak menghadapi sebarang masalah untuk menunda lori berkenaan.

Netizen yang menonton video itu berasa terkesima apabila melihat ‘kemampuan’ kereta Myvi itu dengan tenang sahaja menarik kenderaan bersaiz besar itu.

Sumber Gambar: TikTok @labus27
Sumber Gambar: TikTok @labus27

Bagaimanapun menurut pemilik video berkenaan, dia mendakwa lori trak itu hanya boleh ditarik menggunakan Myvi sekiranya kenderaan besar itu tidak mempunyai sebarang muatan di belakangnnya.

* Ikuti VOCKET CAR CLUB melalui Facebook dan Instagram untuk ketahui perkembangan dan isu semasa automotif dari dalam dan luar negara.

Terdahulu tindakan sebuah Myvi menarik lori telah menarik perhatian orang ramai. Anda boleh tonton video berkenaan melalui pautan di bawah.

Selamba ‘Tarik’ Lori Rosak, Aksi Myvi Ini Mencuit Hati Orang Ramai

Orang Ramai Pelik Bagaimana Myvi Ini Boleh Tersangkut Pada Tebing Jalan

Netizen Kagum Keupayaan ‘Off-Road’ Myvi Dibuat Masuk Kebun Durian