Disebalik kejayaan Facebook dan Alibaba yang semakin meningkat naik, terdapat sebuah lagi syarikat teknologi yang berjaya mencatat nilai syarikat yang lebih tinggi. Syarikat yang dimaksudkan adalah Tencent dimana syarikat ini kini dinilai pada harga $534.5 billion dan $15.1 billion lebih bernilai berbanding Facebook.

Mula diperkenalkan sejak dua dekad yang lalu, syarikat ini mula menjadi perhatian pelabur selepas mula memasuki IPO pada tahun 2004. Berdasarkan jumlah pelaburan yang tinggi, syarikat ini berjaya memperkenalkan QQ, TencentPay dan WeChat dimana aplikasi ini sekaligus menjadi aplikasi permesejan pioneer di China.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →
Aplikasi yang dikeluarkan Tencent

Kejayaan yang berjaya dicapai Tencent ini bukan sahaja kejayaan buat syarikat ini malah berjaya menjadi penanda aras bagi syarikat di China selepas berjaya melepasi valuasi setinggi $500 billion.

Salah satu yang menjadi faktor utama kebangkitan Tencent apabila syarikat ini berjaya menguasai saham Supercell, syarikat bagi game Clash of Clans dan Clash Royale. Selain itu, Tencent juga turut memegang saham bagi Barclays dan Tesla.

TencentPay

Berdasarkan pelan terbaru Tencent, dikhabarkan syarikat ini berminat untuk mengembangkan lagi teknologi TencentPay di mana Malaysia antara negara yang bakal menerimanya seawal tahun hadapan.

Sumber