Apabila menyebut tentang Syarikat Supercell mungkin anda kurang ‘familiar’ namun tahukah anda syarikat merupakan pembangun kepada game-game popular seperti Clash of Clans, Boom Beach dan yang tengah trending ketika ini iaitu Clash Royale.

Walking
HYPE
‘Pembunuh’ Yang Datang Tanpa Diundang, Apa Yang Anda Perlu Tahu Tentang Kanser
Baca lagi →

24_3 Ilkka Paananen Supercell 20150324_113439

Kami tidak pasti resipi apa yang digunakan Supercell sehinggakan berjaya untuk membangunkan game yang disukai ramai berkali-kali. Terbaru, Syarikat Tencent yang tidak asing lagi dengan aplikasi permesejan iaitu WeChat bakal mendapatkan Supercell dengan harga $8.6 Billion.

Bukan sahaja angka yang besar mengejutkan kami malah jelas menunjukan sebuah syarikat daripada China juga mampu mengambil alih syarikat Supercell yang berpangkalan di Finland.

tencent-wants-a-piece-of-mobile-gaming-looks-to-supercell

Supercell yang pada ketika ini mempunyai hampir 100 juta pengguna aktif termasuk game terbaru mereka iaitu ‘Clash Royale’ dijangka memberi jaringan komunikasi yang lebih melalui kerjasama bersama Tencent. Tidak kurang juga dengan WeChat yang pada sebelum ini sudah mula berjinak dengan game di dalam aplikasi mereka.

Oh ya, jika anda berpendapat ini adalah kali pertama Tencent mengambil-alih syarikat permainan anda mungkin silap. Tencent sebelum ini pernah mendapatkan Riot Games yang popular dengan game League of Legends pada platform PC.

BACAAN SETERUSNYA

© 2018 Vocket Media Sdn Bhd (1173405-W), a part of Media Prima Group