Bermula dengan sekadar ura-ura nampaknya syarikat gergasi dari China, Tencent yang popular dengan aplikasi WeChat sah mengambil alih platform penstriman iflix. Difahamkan tujuan pengambil alihan iflix ini adalah sebahagian daripada usaha Tencent dalam menguasai platform penstriman sekitar Asia Tenggara.

Pengambil alihan ini tidak diumumkan nilainya oleh pihak Tencent walau bagaimanapun sumber daripada Variety melaporkan iflix berjaya dimiliki Tencent dibawah nilai sebenar yang diumumkan pada tahun 2019 iaitu sekitar $1 bilion (RM4.28 bilion).

IMG_0539 2
HYPE
HUAWEI WATCH FIT Dan FreeLace Pro, Dua Gadget Terbaru Yang Anda Perlu Dapatkan Untuk Melengkapkan Aktiviti Sukan Anda
Baca lagi →
download (5)

Sumber: reuters

Sebagai rekod, startup dari Malaysia ini berjaya mengumpul lebih $300 juta (RM1.28 bilion) menerusi lebih 25 juta pengguna sekitar Asia Tenggara. Masalah kewangan serta kerugian sejak akhir-akhir ini walau bagaimanapun antara yang mendesak iflix untuk dijual.

Menerusi pemilikian oleh Tencent, jenama ini bukan sahaja mahu menguasai platform penstriman Asia Tenggara, malah Tencent yang memiliki platform penstriman muzik, JOOX serta game popular PlayerUnknown’s Battlegrounds (PUBG) dilihat sangat bersedia dalam menguasai industri hiburan atas talian.

96a740894f21e1af01a9fc7727abfebc

Sumber: Beamstart

Mengulas mengenai masa depan iflix, berkemungkinan besar platform ini bakal diintegrasikan bersama beberapa platform lain dibwah Tencent seperti WeTV dan sebagainya. Setakat ini masih belum terdapat sebarang kenyataaan rasmi daripada pihak iflix mengenai gabungan ini.

Sebelum ini, platform penstriman iflix telah dikaitkan dengan masalah hutang. Turut dikongsikan, iflix antara syarikat yang turut terkesan dengan kehadiran wabak COVID-19.

Berdepan Krisis Hutang, iflix Bakal Dijual Ke Syarikat Dari China?

iflix Sedia Lepaskan Pekerja Untuk Kurangkan Kos Operasi Berikutan COVID-19

Anda Mungkin Suka