Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

Seperti yang ramai sedia maklum, Malaysia sememangnya dilimpahkan dengan pelbagai rezeki buat rakyatnya. Dalam pada itu, terdapat segelintir yang kurang bernasib baik di mana mereka terpaksa menjadi gelandangan serta menginap di laluan pejalan kaki.

Meskipun tindakan segelintir gelandangan ini tidak mengganggu orang awam, terdapat pihak yang kurang senang dengan pihak gelandangan sehingga sanggup bertindak kasar terhadap golongan ini.

Menerusi perkongsian Twitter @SinarOnline, tular sebuah rakaman di mana seorang gelandangan bukan sahaja dirampas tempat tinggal terdiri daripada beberapa kotak malah ditendang oleh seorang lelaki di tempat kejadian.

Tindakan kasar yang dibuat lelaki dalam video ini sekaligus membuatkan para netizen berang melihatkan layanan yang diberikan kepada gelandangan berkenaan. Berikut merupakan respon netizen terhadap tindakan yang dilakukan.

Menurut para netizen, lelaki berkenaan berani bertindak kasar kerana gelandangan berkenaan tidak mempunyai kuasa serta tidak mampu melakukan apa-apa.

Memilih untuk mengasari serta menendang gelandangan jelas merupakan suatu kesalahan sekaligus mempamerkan sikap yang kurang baik daripada individu berkenaan.

Tular baru-baru ini apabila dilaporkan lebih 100 papan iklan disahkan tidak mempunyai lesen sekaligus menjadi persoalan netizen melihatkan papan iklan  berkenaan masih dipaparkan sepanjang lebuh raya.

‘Kecilnya Notis, Saman Sahajalah’- Lebih 100 Papan Iklan Tidak Berlesen Cetus Persoalan Netizen

‘Belum Setahun Dah Rosak’- Netizen Kecewa Dan Mula Pertikai Kualiti Beg Keluaran dUCk

 

Anda Mungkin Suka