Minggu ini kita disajikan dengan filem terbaru arahan pengarah terkenal Christopher Nolan yang bertajuk TENET. Filem tersebut yang berkisarkan pengembaraan masa antara filem yang dinanti-natikan peminat pengarah itu selepas muncul dengan Inception pada 10 tahun lalu.

Bukan mahu memberikan spoiler tetapi antara perkara yang berlaku dalam filem terbaru Nolan itu adalah kejadian seperti pengunduran masa yang membuatkan objek dan watak-watak dalam filem tersebut bergerak ke belakang.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →
tenet
Scene kejar mengejar secara mengundur dalam tenet, Foto: Anygoodfilms

Buat anda yang sudah menonton filem tersebut di panggung wayang sudah pasti anda akan terkesima bila melihat bagaimana aksi-aksi yang dipamerkan berlaku secara mengundur dalam filem tersebut.

Buat anda yang belum menonton filem itu pula, mungkin anda boleh menonton dahulu perkongsian video tular di Malaysia ini yang seakan sama dengan apa yang berlaku dalam filem TENET itu.

Walaupun ianya tidaklah berkualiti tinggi namun perkongsian video oleh Facebook Info Roadblock JPJ/POLIS ini menunjukkan dengan jelas lori tersebut mengundur dengan berbahaya ke belakang.

Dan sejujurnya jika anda ke panggung wayang untuk menonton TENET di cuti hujung minggu yang panjang ini, aksi-aksi sebegini banyak dipaparkan dalam filem tersebut. Cuma yang membezakan TENET adalah ia berlaku kerana konsep fizik manakala yang berlaku di Malaysia ini pula berlaku ketika ia ditunda.

1111
Maklumat yang mengatakan lori tersebut ditunda

Seperti kejadian pengunduran masa dalam filem itu, aksi lori pasir ini bergerak ke belakang dan melawan arus juga berakhir dengan kemalangan. Walaupun tidak menunjukkan pelanggaran tersebut, namun video seterusnya ini menunjukkan aftermath selepas pengunduran tersebut.

Video tersebut dengan jelas menunjukkan sebuah kereta berwarna putih yang remuk dipercayai berpunca daripada tindakan lori tersebut yang mengundur ke belakang ketika itu. Bagaimanapun tidak dapat dipastikan sama ada ia telah melanggar lori tersebut atau pun tidak.

Teruja untuk melihat lebih aksi kenderaan berundur ke belakang seperti dalam video kali ini? Baca dahulu penjelasan mudah oleh Zamir Mohyedin mengenai pengembaraan masa yang berlaku dalam TENET di pautan di bawah.

Penjelasan ‘Mudah’ Konsep Pengembaraan Masa Dalam TENET

Logik Pengembaraan Masa Dalam ‘Avengers: Endgame’ Di Dunia Sebenar

Sumber