Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck – dulu buku ini saya pandang sebelah mata saja meskipun nama Hamka si penulis itu sendiri sudah diketahui satu nama yang besar. Saya bukanlah peminat novel. Jadi ada apa hal nak layan novel si Hamka ni kan? Novel tetap novel. Gitulah adanya.

maxresdefault
HYPE
Apa Yang Best Sangat Dengan Cabaran Red Bull Sehingga Menjadi Ikutan Netizen
Baca lagi →

Tapi perasaan ingin tahu tentang novel ini tiba-tiba membuak bila melihat sepupu saya yang berusia sekitar 50-an mengeluh di status FB beliau dengan ayat lebih kurang; “mana nak cari buku ni? Tak kan nak ke Jakarta pula? Sudah lama nak baca tapi masih tak jumpa”.

Saya kenal siapa sepupu saya. Dia bukan kaki gila novel. Tapi bila sampai mengeluh begini pasti ada sesuatu di situ. Tapi sebab malas nak ambil pusing, saya biarkan saja.

karya-hamka-4

Sewaktu ke Amsterdam, Kota Belanda, nama Van Der Wijck kembali ke dalam minda saya. Apakah buku itu kisahnya seperti karamnya sebuah cinta Titanic? Atau kisah cinta terhalang antara 2 benua – Indonesia dan Belanda? Atau bagaimana sebenarnya kisah buku ini sampai sudah berapa lama masih ramai yang mencari dan ingin membacanya? Paling pelik bukan hanya generasi baby boomers yang mencari, tapi beberapa hari selepas tu terlihat pulak gen Y turut mengeluh di FB. Oh ini memang pelik.

Dan di satu hari buku ini kembali melintas di newsfeed FB saya. Rupanya PTS keluarkan semula buku ni dan pre-order baru saja dibuka. Hmm.. Jika tak beli sekarang, memang tak beli langsung lah jawabnya. Sebab sudah semestinya nanti saya lupa lagi. Pre-order pun pre-order lah. I need to get the answer for my curiosity. What is so special about this book? Kenapa sampai berapa generasi pun, yang tua dan yang muda masih mahukan buku ni?

Walaupun perasaan ingin tahu semakin kuat tapi saya biarkan saja. Tak kisahlah ada review, sinopsis, filem atau apa saja yang ditulis tentang buku ini. Jika saya nak boleh je saya cari kat Google. Atau cari saja mana-mana web yang boleh download movienya terus. Tapi saya tak nak. Biarlah pertanyaan ini hanya ditemui dari novelnya. Bukan dari sumber lain.

Sebulan menunggu buku ni sampai jua ke tangan saya. Sudah terlupa pun sebenarnya saya pernah order buku ni. Biasalah bila benda yang bukan dalam senarai “penting dan mesti”, itulah jadinya. Dibiarkan pula terperuk beberapa hari di atas meja. Belum ada masa nak baca.

karya-hamka-2

Dan semalam (Ahad), bermula seawal jam 8 pagi saya mulakan marathon untuk buku ni. Sarapan diluar dengan suami, baca buku. Kemudian dalam perjalanan ke pasar – baca buku. Balik rumah selesaikan semua kerja dengan cepat – sambung baca.

Eh kena ke GM Klang pula, ada barang nak borong di sana. Tak pe dalam perjalanan sambung baca. Paling best suami saya terkejut ternganga. Saya borong segala yang mesti dibeli dalam 15 minit saja. Siap berlari ke kereta. “Kena rasuk ke apa ni? Biasa paling kurang 40 minit. Dah tu tak bagi abang ikut sekali?” Tanya suami. Sambil tergelak saya menjawab; “A ah, kena rasuk dengan buku ni. Paling best sekarang ada part yang saya baru faham kenapa abang pernah cakap pada saya begini dan begitu. So please allow me to finish off this book by today. Wink wink (kenyit mata)!” Haha!

Hingga ke malam saya hanyut dengan buku ni. Ada bahagian yang saya sebak tanpa kata. Ada bahagian air mata mengalir perlahan. Ada bahagian buat hidung saya tersumbat. Di bahagian paling akhir, dalam keadaan buku saya pegang ke atas dan saya membaca dalam keadaan mendongak sebab tak nak air mata keluar tapi meleleh juga. Sebabnya anak saya tengah tolong lipatkan kain di depan tempat saya duduk. Hah! Tak kan nak tunjuk mak emo kerana novel depan anak kan? Huhu.

karya-hamka-5

Hamka, sungguh halus sekali bahasa mu. Sungguh berpuitis dan menikam kalbu sekali peri mu (sudah,  tetiba ayat dah serupa Hamka). Tapi itulah hakikatnya. Malah saya seolah terbayang wajah setiap watak yang dipaparkan dalam novel ini, bajunya, wajah sedihnya, perkampungannya.

Kini terjawablah sudah persoalan saya kenapa buku ini masih menjadi buruan.

Sehabisnya muka surat terakhir, satu perasaan bangga dan sayang menyelinap dalam diri – indahnya Bahasa Melayu. Meskipun itu bahasa Indonesia hakikatnya ia tetap Bahasa Melayu. Malah ada saja bahagian perkataannya yang saya tak faham apa maknanya. Tapi tetap berbekas sampai di hati.

Andai saja kita di zaman ini masih menggunakan bahasa berkias seperti ini, habis menangislah Google Translate jawabnya.

karya-hamka-3

Oh ya, bagi yang mahu baca buku Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck ini, saranan saya – bacalah bahagian glosari dahulu sebelum anda terus membaca isinya. Dengan ini lebih mudah untuk anda faham dan hayati setiap baris patah hikayat Hamka ini.

Juga buat rakan seperjuangan di TheVocket.com, catatan Hamka ini mungkin sesuatu yang boleh kita pegang sebagai paksi untuk kita bermula dan berkongsi;

karya-hamka-1

Kata setengah orang, ilmu mengarang itu diperdapat lantaran dipelajari; diketahui nahu dan saraf bahasa dan dibaca kalangan pujangga-pujangga lain dan menirunya, bisa orang menjadi pengarang. Banyak diperbuat orang aturan mengarang, mesti begini, mesti begitu, tak boleh salah. Tetapi bilamana kita lihat karangan yang sejati senantiasa berlain susunannya dengan lain pujangga. Seorang pengarang, bilamana dibaca orang karangannya, orang tertarik dengan kesulitan bahasa yang dipakainya. Yang lain pula, bahasanya tidak begitu dipedulikannya, kadang-kadang menyalahi kepada kebiasaan orang lain, bahkan menyalahi nahu dan saraf orang yang terpakai pada lazim, tetapi lebih enak orang membaca karangan itu.

Pendek kata, just be yourself babe dan tulis dari hati dengan gaya sendiri.

Jika anda juga nak baca buku ni, boleh saja buat tempahan di PTS Book Café di sini.

Juga ingin saya sarankan kepada PTS agar menambah lagi terjemahan di bahagian glosari. Masih ada beberapa perkataan yang mungkin penting bagi membantu pemahaman pembaca tapi tidak dimasukkan di bahagian glosari.

Ps : Sengaja tidak saya ceritakan apakah kisah di dalam buku ini kerana saya percaya anda juga seperti saya – merungkaikan sendiri pertanyaan hati itu lebih memberi erti.

LIKE dan FOLLOW Vocket di Facebook serta Instagram

BACAAN SETERUSNYA

© 2018 Vocket Media Sdn Bhd (1173405-W), a part of Media Prima Group