Pemangku Sultan Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah semalam telah dimasyhurkan sebagai sultan Pahang ke-6. Baginda akan ditabalkan pada 15 Januari ini iaitu pada hari Selasa.

Perlantikan baginda dibuat oleh Timbalan Pengerusi Jumaah Pangkuan Diraja Negeri, Tengku Muda Pahang, Tengku Abdul Rahman Sultan Ahmad Shah di Istana Abu Bakar Pekan.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

tengku-abdullah-9b-624×405

Tengku Abdul Rahman turut bertitah baginda dan keluarga dengan berduka cita menerima hakikat Sultan Ahmad Shah tidak lagi dapat memikul tanggungjawab sebagai raja pemerintah akibat kegringan oleh itu baginda dan keluarga sependapat untuk mencadangkan nama Tengku Abdullah sebagai sultan Pahang ke-6 kepada Jumaah Pangkuan Diraja Negeri.

Baginda sebelumnya menjadi putera mahkota Pahang sekaligus memegang rekod putera mahkota kedua paling lama di dunia selepas Prince Charles of Wales.

#RealDeal. Nak dapatkan handphone power 8GB RAM + 128GB Storage? Jom tonton video ini.