Menteri Kewangan Malaysia, Tengku Zafrul selesai membentangkan kertas cadangan Belanjawan 2021 di Parlimen yang berjumlah RM332.5 bilion, dianggap belanjawan terbesar yang pernah dibentangkan.

Apa yang menariknya Belanjawan 2021 kali ini adalah ia diedarkan menggunakan salinan digital kepada semua Ahli Parlimen melalui aplikasi Kod QR dan bukannya salinan kertas.

apple ncig
HYPE
Setanding Apple, Syarikat Anak Watan Ini Sedia Lancarkan Produk Secara ‘Virtual’ Dari Tampin
Baca lagi →

Dalam satu video berdurasi 25 saat, Tengku Zafrul menyeru kepada orang ramai untuk mengurangkan penggunaan kertas. Ia adalah satu langkah positif bagi menjaga alam sekitar.

Tidak pasti tablet jenis apa yang digunakan oleh Tengku Zafrul, tetapi melalui pandangan hadapan, kebanyakan netizen berteka teki bahawa dia menggunakan Ipad Pro, antara tablet terbaik di pasaran masa kini.

Sama ada ia versi 2018 atau 2020, dapat dilihat melalui pandangan hadapan adanya Apple Pencil berwarna kelabu gelap di atas iPad tersebut.

“Ucapan belanjawan tahun ini diedarkan tanpa kertas, sebalik secara soft copy melalui satu aplikasi QR Code. Saya sendiri menggunakan tablet bagi membentangkan belanjawan petang ini.

“Saya menyeru lebih banyak kementerian dan agensi menyahut pendekatan ‘paperless’ yang lebih mesra alam dan menjimatkan kos,” katanya.

Terdahulu, jam tangan G-Shock yang dipakai Tengku Zafrul ketika membentangkan Belanjawan 2021 kini menjadi buruan orang ramai. Klik pautan di bawah untuk membaca.

Jam G-SHOCK ‘Belanjawan 2021’ Tengku Zafrul Kini Jadi Buruan

Pencarum KWSP Boleh Keluarkan RM500 Sebulan Daripada Akaun 1 Mulai Januari 2021

Anda Mungkin Suka