Musim persekolah dalam era kebiasaan baharu telah bermula dan kebanyakan sekolah telah menerima masuk pelajar tingkatan 5 yang bakal menghadapi Sijil Pelajaran Malaysia tidak lama lagi.

Bagi pelajar bernama Muhammad Aris Mohd Sarif atau nama di name-tag Muhd Fikri, dari Sekolah Menengah Kebangsaan Seksyen 7, akui ‘teruja’ untuk memulakan musim persekolahan selepas lebih 3 bulan.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Dia yang ditemuramah oleh wartawan Malaysia Gazette ada jawapan jujur yang membuatkan netizen ketawa.

https://twitter.com/TypicalMsian/status/1275749917256892417

Antaranya adalah ketika ditanya persiapannya untuk memulakan sekolah, dia dengan jujur dan berseloroh menjawab persiapan awalnya adalah dengan mencari baju sekolah kerana, “Dah lama tak sekolah, tak jumpa baju sekolah.”

Ketika ditanya pula apa yang dia lakukan selama cuti tiga bulan, dia tetap jujur dan memberi jawapan yang membuatkan netizen ketawa, “Tiga bulan? Tengok drama korea, [dan] tidur.”

Kejujuran dan jawapan lucu Aris atau namanya di name-tag Muhd Fikri telah mendapat pelbagai reaksi netizen di laman Twitter. Ada yang mengangkatnya sebagai legend kerana bersikap jujur dan lucu.

https://twitter.com/nomoreEl/status/1275761408773242880

Untuk rekod, selepas tiga bulan ditutup, pelajar tingkatan lima dan enam di seluruh negara telah memulakan kembali sesi persekolahan minggu ini dalam suasana kebiasaan baharu.

Makan dalam kelas dan meja berjarak adalah antara inisiatif kerajaan bagi sesi persekolah dalam kebiasaan baharu, klik pautan di bawah untuk membaca.

Makan Dalam Kelas Dan Meja Berjarak Satu Meter Antara Norma Baru Sekolah Di Malaysia

Tidak Mahu ‘Ponteng’ Sekolah, Pelajar Malaysia Terpaksa Tinggal Seorang Diri Di Singapura

Sekolah Bakal Dibuka Secara Berperingkat Bermula 24 Jun