Mungkin Sindrom Tourette ialah satu istilah yang asing untuk anda tapi jika anda pernah menonton drama Korea, It’s Okay That’s Love pasti tahu bagaimana keadaan individu yang menghidap Sindrom Tourette.

Terbaharu, seorang pengguna TikTok @fik.03 telah memuat naik sebuah video memaparkan dirinya yang menghidap Sindrom Tourette mengerjakan ibadah solat.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →
@izack.03

NOT FAKE❗️🤬 #tourettesyndrome #tourettesyndromemalaysia #fikriTS #awareness #Fyp #foryoupage #Raya #ramadan

♬ Past Lives – dots

Untuk pengetahuan anda, Sindrom Tourette atau Tourette syndrome (TS) adalah gangguan neurologis menyebabkan mereka yang mengalaminya membuat pergerakan atau mengeluarkan bunyi dan kata-kata secara tiba-tiba serta berulang di luar kawalan yang disebut dengan tics.

Menerusi video tersebut, dapat dilihat bagaimana Fikri ‘bergerak’ ketika solat disebabkan tidak dapat mengawal pergerakannya dan dirinya akui sebenarnya sukar untuk solat dengan keadaan tersebut.

Tambahnya, dia sudah merujuk kepada ustaz dan solatnya tetap sah walaupun banyak melakukan pergerakan luar kawalan. Perkongsian tersebut telah meraih perhatian orang ramai dan rata-rata netizen kagum dengan kecekalan dirinya yang masih mahu mengerjakan tanggungjawabnya sebagai seorang Muslim.

Bukan itu sahaja, para netizen turut berdoa agar segala urusan Fikri dipermudahkan dan berharap video ini akan membuka mata ramai pihak terhadap Sindrom Tourette.

Sementara itu, kami kongsikan beberapa artikel yang viral di The Vocket pada pautan di bawah. 

‘Tak Selidik Dulu Ke?’ – Netizen Hairan Mengapa YouTuber Ini Sanggup Ditaja Syarikat Perjudian

‘Tiada Common Senses’ – Netizen Kecewa Pengunjung Sepahkan Barangan Sewaktu Membeli Belah

Nilai Ringgit Terus Lemah, Rakyat Singapura Beratur Panjang Mahu Tukar Dengan Dolar