VOCKET ialah sebuah digital media yang memaparkan berita berita terbaru tentang travel, teknologi, fesyen dan kreativiti.

VOCKET dilancarkan pada Julai 2014 sebagai sebuah platform media yang asalnya memfokuskan kepada berita berita inspirasi dan positif. Dicipta selepas melihat kurangnya digital media tempatan yang memaparkan feel good story, VOCKET telah berkembang menjadi sebuah media utama yang memfokuskan berita berita terbaru dan relevan kepada mereka yang berminat dengan perkembangan komuniti travel dan aspek lain yang relevan dengan budaya seperti fesyen, hasil seni, reka bentuk, teknologi dan gaya hidup.

Sejak ditubuhkan, VOCKET telah berkembang menjadi sebuah platform yang ramai pengunjung dan platform berita yang dipercayai. Selain dari muka hadapan laman web yang memfokuskan kepada berita setiap hari, VOCKET telah berkembang kepada video platform yang mengetengahkan individu individu kreatif dalam industri tempatan untuk memberi insight tentang industri seterusnya membina komuniti yang dapat berinteraksi sesama sendiri.

Menarik minat pelbagai jenis lapisan pembaca di seluruh Malaysia, VOCKET menjana 1 juta pengunjung sebulan dan lebih 5 juta page views setiap bulan. VOCKET merupakan destinasi utama untuk mereka yang sukakan internet culture dan gaya hidup.

Editorial VOCKET ditambah baik dengan penghasilan video untuk memberi penceritaan yang berkesan melalui gaya dan visi tersendiri VOCKET. Platform video akan memberi dimensi baru kepada cerita cerita menarik gaya hidup dan budaya.