Hari ini merupakan hari ketiga Perintah Kawalan Pergerakan dilaksanakan. Pasti anda sudah terbaca masih ada lagi segelintir individu yang masih berdegil tidak menghiraukan perintah tersebut.

Terbaharu, pihak tentera akan dikerahkan untuk membantu pihak polis memantau situasi Perintah Kawalan Pergerakan mulai ahad ini. Perkara ini diumumkan oleh Menteri Kanan Keselamatan Ismail Sabri sebentar tadi dalam satu sidang media.

Huawei-Nova-7i-price-specs-Revu-Philippines
HYPE
5 Sebab Utama HUAWEI nova 7i Sering Menjadi Rebutan Ramai
Baca lagi →

Malah, tiada sebarang pengisytiharan darurat dibuat oleh kerajaan seperti yang disebarkan oleh pihak tidak bertanggungjawab dan pihak polis akan meneruskan sekatan jalan raya. Pihak polis boleh gunakan akta sendiri untuk ambil tindakan lebih keras terhadap rakyat yang masih berdegil.

Difahamkan, pihak tentera terlibat dibawah seksyen 5 akta pencegahan dan pengawalan penyakit berjangkit 1988, menteri kesihatan boleh beri kuasa kepada mana-mana agensi untuk laksana peraturan.

Selain itu, pihak polis juga akan mengambil tindakan terhadap individu yang sakit tetapi tidak melaporkan keadaan mereka. Malah, tiada racun serangga akan disembur menggunakan helikopter tentera.

Diharap orang ramai tidak mudah percaya akan berita palsu dan jika terdapat sebarang keraguan tentang maklumat yang tular di media sosial boleh menghubungi hotline kementerian-kementerian yang ada.

Selama Perintah Kawalan Pergerakan ini dilaksanakan, diharap anda dapat mematuhinya. Di bawah ini kami senaraikan beberapa artikel berkaitan Perintah Kawalan Pergerakan. 

Masih Berkumpul Walaupun Dilarang, Netizen Kongsi Sikap Tidak Bertanggungjawab Rakyat Malaysia

Netizen ‘Luah Perasaan’ Tentang Perniagaan Mereka Yang Terkesan Kerana COVID-19

Berbekalkan Semangat Yang Tinggi, Wanita Hamil 3 Bulan Ini Kongsi Pengalaman Bebas COVID-19

Anda Mungkin Suka