Menteri Pertahanan Jepun Taro Kono telah menerbitkan panduan untuk setiap anggota tentera jika mereka melihat objek terbang yang tidak dikenali (UFO). Dalam satu kenyataan, Kono menyatakan bahawa fenomena UFO perlu dipantau kerana ia mampu mengancam keselamatan negara.

Media antarabangsa melaporkan bahawa Kono telah mengarahkan agar semua laporan berkaitan UFO dilaporkan terus kepada pihak berkuasa udara Jepun. Dasar ini diambil setelah pertemuan empat mata dengan tentera AS di Guam pada 29 Ogos yang membincangkan fenomena UFO.

Kono dalam kenyataannya mengakui bahawa masih ragu-ragu bahawa UFO sama dengan makluk asing, dia lebih percaya bahawa objek terbang yang tidak dikenali tersebut adalah pesawat ujian dari sebuah negara.

Kini Jepun mengambil pendekatan terbuka dengan bersiap sedia untuk berkongsi data dengan AS sekiranya terdapat perkembangan melibatkan UFO. Bagaimanapun, butiran lanjut berkenaan fakta kewujudan objek terbang yang tidak dikenali belum didedahkan kepada umum.

Tentera Amerika sendiri telah lama fokus kepada penyelidikan dan membuat arkib terperinci mengenai fenomena UFO. Untuk rekod, tiga rakaman UFO dari tentera AS pernah disiarkan kepada umum melibatkan juruterbang Tentera Laut AS yang menemui objek aneh di udara pada tahun 2004 dan 2015.

Kerajaan AS pada Ogos 2020 juga telah menubuhkan pasukan petugas bagi menangani fenomena UFO di Amerika Syarikat. Pasukan petugas ini bukanlah institusi baharu, tetapi ia meneruskan peranan yang sama oleh Pentagon Air Threat Identification Agency (AATIP) yang dibubarkan pada tahun 2018.

Kerajaan Jepun tidak begitu terbuka seperti Amerika Syarikat mengenai fenomena UFO. Menurut Kementerian Pertahanan Jepun, belum ada laporan rasmi dari juruterbang atau askar mereka di lapangan yang melihat benda terbang yang tidak dikenali itu.

Untuk bacaan lanjut, klik pautan di bawah.

Ini Sebab Mengapa Kereta Api Laju Jepun ‘Shinkansen’ Adalah Yang Terbaik Di Dunia

Universiti Di Jepun Hasilkan Graduan Pengajian Ninja Pertama