Beredar rakaman bunyi detik-detik terakhir pertempuran sengit antara tentera Ukraine dan Angkatan Laut Rusia di Pulau Ular, Laut Hitam. Menurut Presiden Ukraine Volodymyr Zelensky, perbualan itu adalah laporan kematian tentera yang mengawal Pulau Ular.

“Semua pengawal sempadan mati dengan berani tetapi tidak menyerah begitu sahaja. Mereka akan dianugerahkan gelaran Wira Ukraine secara anumerta,” kata Zelensky.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Menurut CNN, sebuah kapal perang Rusia telah menghampiri pulau itu pada Khamis lalu. Menurut hubungan audio yang disebarkan kepada umum, tentera Rusia telah meminta tentera Ukraine untuk meletakkan senjata dan menyerah diri.

“Ini adalah kapal perang tentera. Ini adalah kapal perang tentera Rusia. Saya sarankan anda meletakkan senjata anda dan menyerah untuk menghindari pertumpahan darah dan korban yang tidak perlu,” kata pegawai Angkatan Laut Rusia sebelum mengancam, “Jika tidak anda akan dibom.”

Mesej itu tidak diterima dengan baik oleh pihak tentera Ukraine, malah mereka membalas dengan makian terhadap tentera Rusia, “Kapal perang Rusia, pergi mampus,” katanya.

Terdahulu, Presiden Rusia Vladimir Putin telah mengumumkan operasi ketenteraan berskala penuh di Ukraine pada pagi Khamis. Beliau turut meminta tentera Ukraine untuk meletakkan senjata dan memberi amaran kepada mana-mana tentera yang campur tangan akan menerima akibatnya.

Perang Rusia dan Ukraine, apa sebenarnya yang dimahukan Vladimir Putin? Rujuk pautan di bawah untuk membaca.

Perang Rusia Dan Ukraine, Apa Sebenarnya Yang Dimahukan Vladimir Putin?

Vladimir Putin Isytihar Perang Ke Atas Ukraine, 6 Bandar Dilaporkan Telah Diserang

Akibat Langgar ‘Pantang Larang’, McGregor Takut Dengan Vladimir Putin