Penyanyi Avril Lavigne, 36 tahun, kembali mencuri perhatian setelah comeback menerusi kemunculan video pertamanya di TikTok, semalam. Walaupun beliau sudah kembali, namun peminatnya nampaknya masih lagi percaya teori konspirasi mengenai Avril yang didebat sehingga ke hari ini.

Ramai mendakwa ‘Avril Lavigne’ yang sebenar telah meninggal dunia sejak tahun 2003 dan Avril Lavigne versi sekarang sebenarnya adalah Melissa Vandella, iaitu wanita yang ditugaskan untuk menjadi klon kepada Avril.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Bagaimana teori ini boleh muncul?

Apa yang pasti, ini hanyalah teori peminat, Brazilian Fan Blog yang berjaya mengesan perubahan yang ketara berlaku pada Avril Lavigne. Akan tetapi, ia masih belum sahih dan berikut merupakan penjelasan bagi teori konspirasi mengenai Avril Lavigne.

Bermula hanya sebagai seorang penyanyi dengan imej serta fesyen ‘Emo’, siapa sangka lagu-lagu Avril Lavigne berjaya menempa namanya dalam industri muzik setelah melancarkan album pertamanya, Let Go pada tahun 2002.

Namanya menjadi sebutan hangat sehinggakan pihak media berebut-rebut untuk menemu ramah Avril, sudah pastinya privasi beliau terganggu. Lantaran itu, pihak syarikat rakaman Avril telah mengupah Melissa Vandella yang wajahnya mirip dengan Avril bagi merahsiakan identiti sebenar Avril daripada pengetahuan pihak media.

Hubungan mereka berdua kemudiannya menjadi akrab, malah Avril juga difahamkan telah melatih Melissa meniru gaya nyanyian serta cara beliau apabila berdepan dengan pihak media.

Sehinggalah pada tahun 2003, datuk Avril disahkan meninggal dunia. Kehilangan datuknya telah menyebabkan Avril menjadi murung lalu bertindak untuk membunuh diri sebagai ‘ubat’ untuk menenangkan jiwanya.

Kematian Avril dirahsiakan kerana pihak syarikat rakaman tidak mahu terlepas peluang menumpang populariti Avril untuk menghasilkan keuntungan lumayan melalui projek album yang akan datang.

Tanpa berfikir panjang, pihak syarikat rakaman membenarkan Melissa menyamar sebagai Avril Lvigne palsu bagi merahsiakan kematian Avril Lavigne yang sebenar, lapor portal Teen Vogue.

Peminat juga mendakwa Melissa sebenarnya sudah pun memberi gambaran tentang dirinya yang menyamar sebagai Avril Lavigne menerusi lirik lagu Nobody’s Home dan My Happy Ending dalam album, Under My Skin (2004).

Dalam pada itu, para peminat yang lain juga mulai perasan perubahan yang ketara berlaku pada Avril Lavigne semasa melancarkan album, The Best Damn Thing pada tahun 2007.

Berdasarkan analisis, peminat mula perasaan keperibadian Avril dari segi penampilan fesyen, gaya tulisan tangan, rupa paras termasuk bentuk mata telah berubah dan sekaligus mencetuskan perdebatan dalam kalangan peminatnya.

6-119
Perubahan Muka Avril Lavigne
5-137
Perubahan fesyen Avril Lavigne yang tidak lagi punk.
4-146
Perbandingan tulisan tangan Avril Lavigne

“Agak lucu, khabar angin yang berlegar telah mengatakan bahawa anda sudah meninggal dunia, adakah ada individu yang lain menjadi klon anda?” ujar juruhebah radio Australia, Jackie Henderson.

“Ya, sesetengah orang mungkin anggap saya telah klon diri saya sendiri dan ia merupakan dakwaan yang pelik serta mengarut. Betul, bukan?” balas Avril.

Sejujurnya, ini hanyalah teori konspirasi semata-mata yang dihebahkan oleh peminat Avril Lavigne yang sengaja mahu merumitkan situasi dengan bukti yang mungkin tidak berasas.

Manusia boleh berubah mengikut situasi persekitaran kehidupannya, begitulah juga Avril yang mungkin berubah setelah kematian datuknya. Apa-apa pun yang berlaku, berharap Avril Lavigne cepat sembuh daripada derita penyakit Lyme yang beliau tanggung ketika ini.

Peminat Avril Lavigne terpegun dengan penampilan terkini Avril Lavigne. Baca pada pautan di bawah.

Selepas 19 Tahun, Peminat Terpegun Lihat Wajah Terkini Avril Lavigne

Tonton Rakaman Konsert ‘Comeback’ My Chemical Romance Selepas 7 Tahun Menyepi

My Chemical Romance Kembali Bersama, Umum Konsert ‘Reunion’

Sumber