Tular di media sosial baru-baru ini apabila ada yang mendakwa bahawa Chris Rock memakai sesuatu di bahagian pipinya semasa ditampar oleh pelakon Will Smith di acara Anugerah Akademi 2022. Alat yang dipakai olehnya itu dikatakan sebahagian daripada pelan yang dilakukan oleh penganjur untuk mencipta sensasi dan dalam masa yang sama menaikkan ‘rating’ Anugerah Akademi.

Dalam salah satu catatan yang dilaporkan Reaturs, seorang pengguna media sosial mempersoalkan jika situasi genting di antara dua selebriti itu benar-benar terjadi, mengapa Chris Rock kelihatan seolah-olah memakai sesuatu di bahagian pipinya. Tambahnya lagi, tangan Chris Rock yang berada di belakang menggambarkan bahawa dia seolah-olah sudah bersedia untuk situasi tersebut.

https://twitter.com/viralclipsss/status/1508518187381366787?ref_src=twsrc%5Etfw%7Ctwcamp%5Etweetembed%7Ctwterm%5E1508518187381366787%7Ctwgr%5E%7Ctwcon%5Es1_&ref_url=https%3A%2F%2Fwww.reuters.com%2Farticle%2Ffactcheck-chris-pad-idUSL2N2VW25M

Selain daripada menaikkan ‘rating’, wartawa pro-Rusia Max Blumenthal mendakwa bahawa insiden yang berlaku di pentas Oscar itu ada kaitan dengan perang Rusia-Ukraine. Dia mendakwa bahawa tindakan Will Smith itu hanyalah pengalihan isu yang dilancarkan oleh Batalion Azov Ukraine.

“Masanya tepat dengan video kekejaman Azov yang beredar [di internet],” ciap Blumenthal di laman Twitter, merujuk kepada gambar yang mula membanjiri Twitter. Menurutnya, gambar itu sengaja dicipta supaya orang ramai tidak menyedari betapa kejamnya tentera Ukraine.

Sementara itu, penyokong teori QAnon percaya Will Smith berpura-pura menampar Chris Rock. Menurut mereka, dia sengaja mengalih perhatian penonton daripada fakta bahawa artis Hollywood terlibat dalam perdagangan seks yang mempunyai ritual minum darah kanak-kanak.

“Ini hanyalah satu pengalihan isu… Akan ada berita besar,” tulis ahli saluran QAnon popular di Telegram.

Difahamkan bahawa teori-teori yang bermain di media sosial adalah tidak benar dan insiden yang berlaku di antara dua selebriti itu benar-benar terjadi.

Manakala gambar asal yang sudah berkeliaran di media sosial sudah pun diubah suai menjadi gambar yang kini dikatakan sebagai lakonan semata-mata. Fact Check melaporkan bahawa foto asal sudah diedit dan disebarkan secara meluas kepada pengguna media sosial. Ia bertujuan untuk mencipta sensasi dari insiden yang sudah pun mengejutkan ramai pihak.

Pemenang pelakon terbaik di Anugerah Akademi, Will Smith sebelum ini mencetuskan kontroversi apabila bertindak menampar muka Chris Rock dan mengeluarkan kata-kata kesat kepada pelawak itu kerana membuat jenaka tentang gaya rambut isterinya dalam salah satu detik yang sangat mengejutkan pada 27 Mac 2022 lalu.

Kira-kira 45 minit kemudian, apabila Will Smith diumumkan pemenang bagi pelakon terbaik bagi peranannya dalam filem “King Richard,” Smith meminta maaf kepada Akademi Akademi dan rakan-rakannya dalam ucapan penuh air mata. Tetapi ucapan maaf itu tidak ditujukan kepada Chris Rock.

Sehari kemudian, Will mengeluarkan kenyataan maaf kepada Rock pada 28 Mac 2022 dan terdapat ura-ura yang mengatakan bahawa Anugerah Akademi mungkin akan menarik balik hadiah kemenangan daripada Will Smith.

Bengang penyakit isteri jadi ‘bahan gurauan’, Will Smith tampar Chris Rock di Anugerah Akademi. Rujuk pautan di bawah untuk membaca.

Bengang Penyakit Isteri Jadi ‘Bahan Gurauan’, Will Smith Tampar Chris Rock Di Anugerah Academy

Jake Paul Tawar Will Smith Dan Chris Rock RM63 Juta Untuk Bertarung Di Gelanggang Tinju