Penyanyi terkenal Shila Amzah atau nama sebenarnya Nur Shahila Amir Amzah, kembali merancakkan karier seninya dengan menyertai rancangan televisyen Gegar Vaganza musim ke-9 (GV9).

Pada konsert separuh akhir GV9, Ahad lalu, ayah kepada Shila Amzah iaitu Datuk ND Lala hadir bersama isterinya, Datin Fauziah Sarman.

Baca Juga:

Dengan kehadiran itu secara tidak langsung menepis dakwaan yang mengatakan rumah tangga kedua ibu dan bapa Shila sedang bergolak, malah ada yang mendakwa hubungan Shila dengan bapanya renggang.

Menurut sumber, Shila berasa sangat gembira kerana bapanya mengotakan janji untuk menghadiri persembahannya di separuh akhir dan final GV9 Ahad ini.

Manakala, kehadiran ibu dan bapanya merupakan satu kejutan buatnya walaupun sudah dirancang tetapi bapanya selalu sibuk bila hujung minggu. Bukan itu sahaja, ND Lala dan isteri turut disertai anak bongsunya, Syada Amzah yang juga seorang penyanyi.

Terdapat khabar angin mengatakan perkahwinan ibu dan bapanya bermasalah pada Mac lalu, namun Shila Amzah tampil menafikan semua dakwaan itu. Bagaimanapun, Shila turut mengakui bahawa ibu dan bapanya sedang mengharungi cabaran selepas perkahwinan selama 33 tahun.