Kecoh sejak semalam apabila tularnya sebuah video yang melihatkan warga Malaysia menyanyikan lagu Negaraku sambil bendera Jalur Gemilang dan Israel dikibarkan bersama. Video yang tidak mempunyai maklumat penuh ini walau bagaimanapun telah digunakan untuk pihak tertentu dalam menimbulkan provokasi.

Menerusi perkongsian Facebook Sateerah Hasan, beliau mengakui pernah berada di kapal tersebut. Berikut merupakan ulasan penuh beliau dalam usaha untuk menjernihkan isu provokasi yang berlaku.

Sumber: facebook sateerah hassan

Keluar pula fitnah baru dari puak-puak fanatik politik songsang yang mengatakan Malaysia dapat Perdana Menteri dengan bantuan Israel. Gambar-gambar bendera Israel-Malaysia seperti ini mula tular.

Sedikit cerita, ziarah kami ke BaitulMaqdis pada 2018 dulu ada menawarkan lawatan ke Tel Aviv dgn bayaran tambahan. Saya ambil peluang ini untuk melawat Sea Of Galilie yang dinyatakan dalam Hadith sahih baginda Rasulullah SAW berkaitan akhir zaman, namanya dalam bahasa Arab adalah ‘Tasik At-Tabariyyah’.

Sumber: facebook sateerah hassan

Pengusaha kapal disana terdiri dari rakyat Israel dan dalam kapal tu ada bendera satu dunia yang mereka akan pasangkan untuk tour group yang naik kapal mereka, tak kisah lah dari negara mana sekali pun. Pekerja-pekerja mereka ada juga kalangan rakyat Palestin yang mencari rezeki di sana.

Tidak ada peliknya dan ia bukan seperti yang disebarkan oleh puak-puak yang sengaja mahu mencetuskan provokasi yang taksub. Harap kita semua waspada kerana fitnah jahat dan adu domba membawa mudarat yang berat.