Penggunaan kamera dashboard atau dashboard cam dalam kalangan pengguna jalan raya sememangnya diketahui umum sangat berguna terutamanya jika berlaku kejadian yang tidak diingini ketika sedang memandu.

Selain menjadi alat pengawasan dan keselamatan, ia juga mampu menjadi rujukan sekiranya berlakunya sebarang kemalangan- seperti apa yang dikatakan berlaku di Johor ini.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Dalam rakaman yang dikongsikan netizen di media sosial sejak semalam, sebuah kenderaan jenis Perodua Myvi dirakam meluncur dengan laju sebelum merempuh sebuah kereta di hadapannya sehingga terbang selepas rempuhan tersebut berlaku.

Perhatikan rempuhan tersebut seperti dalam bulatan merah di bawah.

Capture

Rempuhan itu menurut netizen bukan sahaja turut mengakibat Myvi berkenaan terbang malah turut menterbalikkan kereta Honda yang dilanggarnya dan turut melanggar sebuah lagi Proton Saga dalam kejadian berkenaan.

Dalam video yang dikongsikan netizen, Myvi berkenaan dilihat memasuki lorong di bahagian kiri sebelum rempuhan tersebut berlaku dan merepuh Honda Accord berkenaan yang sedang menunggu lampu isyarat di persimpangan tersebut.

https://twitter.com/anthraxxxx/status/1314846212227395585?s=20

Walaupun video yang dikongsikan hanya merakam daripada bahagian tepi dan bertentangan, namun perkongsian gambar oleh netizen kemudiannya menunjukkan dengan jelas impak kemalangan tersebut.

Bukan sahaja terbalik, malah Honda Accord yang dirempuh juga turut mengalami kerosakan teruk di bahagian sisi dan belakang manakala sebuah lagi Proton Saga dilihat tidak mengalami kerosakan seperti dua kereta sebelumnya.

Walaupun butiran lanjut mengenai kejadian tersebut tidak dapat disahkan tetapi Sinar Harian pada semalam melaporkan terdapat satu kemalangan maut berlaku di Johor Bahru.

Kemalangan yang dilaporkan itu menurut mereka melibatkan tiga kenderaan di Jalan Harimau Tarum, Plaza Pelangi pada sekitar jam 8.30 pagi semalam dan mengakibatkan satu kematian membabitkan pemandu Honda Accord berkenaan.

Manakala pemandu Myvi dan Proton Saga itu pula dilaporkan hanya mengalami kecederaan seperti dijelaskan Penguasa Bomba Kanan II Nordatul Badrol Abd Rahman di tempat kejadian.

“Tindakan operasi mengeluarkan mangsa tersepit menggunakan peralatan khas menyelamat Road Traffic Accident (RTA). Mangsa disahkan meninggal oleh Pegawai Perubatan yang hadir di tempat kejadian.

“Kesemua mangsa diserahkan kepada pihak ambulans untuk tindakan selanjutnya,” katanya seperti dipetik Sinar Harian.

Kemaskini: Pemandu Myvi disahkan positif dadah

Pemandu Myvi berkenaan, seorang wanita berusia 23 tahun menurut pihak polis disahkan positif dadah dan telah ditahan bagi membantu siasatan.

Ia disahkan sendiri Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Mohd Padzli Mohd Zain selepas melakukan ujian saringan terhadap pemandu Myvi terbabit.

Baca juga perkongsian kami mengenai kemalangan ‘paling mahal’ melibatkan kereta mewah McLaren yang berlaku di Malaysia melalui pautan di bawah. 

Kemalangan Paling Mahal Melibatkan McLaren 720s Yang Berharga RM1.49 Juta Di Lebuh Raya MEX

Tular Kemalangan Didakwa Berpunca Minyak Atas Jalan, Ini Sebenarnya Yang Berlaku Menurut Polis

Jika Berlaku Kemalangan, Ini ‘Backup’ Penting Yang Penunggang Motosikal Perlu Tahu