Sekurang-kurangnya 32 warga Rohingya telah meninggal dunia di atas kapal yang terapung selama berminggu-minggu setelah gagal sampai ke Malaysia. Pengawal pantai Bangladesh menyatakan ada 396 orang yang sedang kelaparan telah diselamatkan.

“Mereka berada di laut selama kira-kira dua bulan dan kelaparan,” kata pengawal pantai itu kepada Reuters sebelum menambah bahawa 396 yang terselamat akan dihantar pulang ke Myanmar.

Dalam satu rakaman video menunjukkan sekumpulan pelarian Rohingya yang kebanyakannya terdiri daripada wanita dan kanak-kanak. Sebilangan dari mereka kelihatan sangat kurus dan tidak mampu berdiri. Mereka dibantu oleh pengawal pantai untuk berjalan ke pantai.

Salah satu kumpulan pelarian memberitahu wartawan bahawa dia dan beratus-ratus penumpang di atas kapal telah berlayar tiga kali berulang-alik dari Malaysia. Mereka berada di tengah laut tanpa tujuan adalah kerana dihalang oleh beberapa polisi akibatĀ  wabak COVID-19. Ini menyukarkan mereka untuk mencari perlindungan di Malaysia dan Thailand.

Kumpulan hak asasi manusia juga percaya bahawa terdapat lebih banyak kapal yang membawa penduduk Rohingya tidak berjaya diselamatkan.

Kumpulan etnik Rohingya tidak diiktiraf sebagai warganegara Myanmar oleh rejim junta. Manakala penduduk Myanmar pula majoritinya beragama Buddha.

Untuk rekod, lebih daripada satu juta tinggal di kem pelarian di Bangladesh Selatan. Majoriti dari mereka telah dipindahkan dari rumah dan kampung halaman mereka di Arakan setelah operasi pembersihan etnik oleh tentera Myanmar pada tahun 2017.

Untuk bacaan lanjut mengenai Rohingya, klik pautan di bawah.

Warga Asing Rohingya Bawah Pengaruh Dadah Buat Kecoh, Masih ‘Layan’ Walau Direnjat Dan Disepak

Kemenangan Buat Muslim Rohingya, Mahkamah Antarabangsa Perintah Myanmar Hentikan Genosid

Majoriti Rakyat Malaysia Tidak Setuju Jika Kaum Muslim Rohingya Ditempatkan Di Negara Ini

Sumber