Ketika anda membaca artikel ini, pasti anda atau ada kenalan anda sudah mula pergi beberapa destinasi setelah perdana menteri mengumumkan aktiviti rentas negeri dibenarkan pada awal minggu lalu.

Genting Highlands merupakan salah satu lokasi yang mula menjadi tumpuan ramai sehingga banyak kenderaan terperangkap dalam kesesakan pada Jumaat malam baru-baru ini.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Sekitar petang semalam pula tular video pendek sebuah Subaru nyaris terlibat kemalangan semasa mendaki naik ke Genting Highlands. Namun pemandu kereta tersebut dilihat mampu mengawal kenderaannya, malah kenderaan yang merakam turut sempat memperlahankan kereta.

Video tersebut telah meraih perhatian orang ramai yang memberikan pelbagai pandangan mengenai insiden terbabit. Ramai yang cukup risau dari segi keselamatan kerana andaikata terdapat pengguna jalan raya lain di belakang atau hadapan, mungkin video tersebut merakam perkara sebaliknya.

Pada masa sama ada juga pengguna media sosial ‘memuji’ pemandu Subaru tersebut kerana berjaya mengawal kenderaannya daripada terbabas melanggar pembahagi jalan walaupun kereta tersebut sudah berputar 360 darjah.

Sumber Gambar: Facebook Aurizn
Sumber Gambar: Facebook Aurizn
Sumber Gambar: TikTok @kennytiew0821
Sumber Gambar: TikTok @kennytiew0821
Sumber Gambar: Instagram @vocketcarclub
Sumber Gambar: TikTok @kennytiew0821
Sumber Gambar: TikTok @kennytiew0821

Tambah orang ramai lagi kejadian tersebut dikenali sebagai oversteer, di mana bahagian belakang kereta ‘membuang’ semasa pemandu Subaru tersebut cuba membelok di selekoh sehingga menyebabkan kenderaan tersebut terbabas daripada kedudukan yang sepatutnya.

Pengalaman memandu naik ke Genting Highlands memang ‘mengasyikkan’, namun jalan di situ bukanlah sebuah ‘litar’ yang selamat untuk menguji kemampuan kenderaan masing-masing.

Beberapa gambar lelaki ini tular semasa menunggang basikal EUC di lebuh raya jadi persoalan mengenai keselamatan pengguna jalan raya yang lain. Baca lebih lanjut melalui pautan di bawah.

Berbahaya Dan Kurang Ciri Keselamatan, Netizen Tegur Pengunaan Basikal ‘EUC’ Di Lebuh Raya

Bot Kecil Tarik Proton Saga Redah Tasik Buat Orang Ramai Terpegun

Pemandu Myvi Terkejut ‘Disambut’ Meriah Semasa Rentas Negeri Ke Melaka