Mechamoto Movie merupakan prekuel siri animasi, mula ditayangkan di Malaysia dan Brunei pada 8 Disember 2022 lalu. Movie itu telah menarik perhatian ramai dan sedang menerima sambutan hangat di pawagam.

Menurut pengarah filem tersebut, Nizam Abdul Razak meluahkan rasa teruja apabila peminat dari Jepun terbang 5,134km ke Malaysia semata-mata untuk menonton Mechamato Movie.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Nizam berkongsikan kegembiraannya itu di laman Facebook miliknya. Dia juga mengatakan dia tidak menyangka individu tersebut sudi datang jauh untuk memberi sokongan kepada filem diarahkan olehnya itu.

Bukan itu sahaja, difahamkan ada juga dari negeri lain seperti dari Singapura, Indonesia dan Filipina datang Malaysia untuk menonton sekaligus memberi sokongan kepada filem tersebut.

Nizam amat bersyukur kerana filem ini sangat ‘laris’ di pasaran, mencatat kutipan sebanyak RM22.5 juta setakat ini. Namun, pengarah mengatakan Mechamoto Movie masih belum ‘balik modal’ kerana kos penghasilan animasi Mechamato Series dan Movie sangatlah tinggi; sekitar RM 30 juta.

Disebabkan itu mereka akan memberi lebih fokus kepada eksport dan tayangan diluar negara bermula 2023 kelak.

Dalam perkongsian lain di Twitter, peminat Jepun tersebut juga telah melawat Melaka, bandar sebenar yang ada dalam Mechamato Movie. Beliau memang peminat setia Mechamato kerana bukan sahaja pergi menonton filem, tetapi melawat juga bandar Melaka untuk ambil ‘feel’ seperti dalam filem.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen turut merasa bangga dengan pencapaian pengarah kelahiran Muar, Johor itu.