Syarikat penerbangan dari Taiwan, EVA Air kini menawarkan khidmat mencari jodoh kepada para pelanggan mereka yang mengimpikan untuk bertemu dengan pilihan hati ketika keluar melancong.

Dalam kempen, Fly!! Love is flying Sky,” yang dijalankan bersama dengan syarikat pelancongan Mobius International. Mereka akan menawarkan penerbangan tanpa tujuan kepada para pelanggan dan dalam masa yang sama bertemu pasangan di atas awan, “Terbang seorang, pulang berpasangan,” kata kempen terbabit.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Pesawat akan berlepas dari lapangan terbang Taipei, mengelilingi ruang udara Taiwan, dan kemudian mendarat di lapangan terbang yang sama. Selama 3 jam penerbangan tanpa tujuan, penumpang akan dihidangkan makanan yang dimasak oleh chef terkemuka, Motoke Nakamura.

2019_12_02_83068_1575284876._large

Terdapat tiga pakej yang ditawarkan. Pakej Krismas akan disediakan semasa minum petang. Manakala pakej Malam Tahun Baru, penumpang akan makan malam romantis di atas awan sebelum menyambut kedatangan tahun 2021. Sementara itu, pakej Hari Tahun Baru akan merangkumi sarapan sambil menyaksikan matahari terbit. Tiket untuk setiap penerbangan berharga TW $ 8,388 (kira-kira RM1,200.00).

Setiap penerbangan EVA Air hanya terhad kepada 40 penumpang, 20 lelaki dan 20 wanita. Antara syarat yang perlu dipenuhi oleh penumpang adalah mereka mesti bujang, sekurang-kurangnya mempunyai ijazah dan tinggal di Taiwan.

Bagi tempat duduk pula, ia dipilih secara rawak, tetapi penumpang bebas untuk berjalan-jalan dan bercakap dengan penumpang lain selama 3 jam penerbangan, lapor CNN Travel. Di akhir penerbangan, penumpang di beri pilihan untuk membuat pengakuan dengan siapa yang paling mereka selesa.

unnamed (3)

“Kerana COVID-19, EVA Air telah mengatur pengalaman ‘perjalanan palsu’ untuk memenuhi keinginan penumpang untuk terbang. Apabila lelaki dan wanita bujang mengembara, selain menikmati keseronokan dalam perjalanan, mereka ada keinginan untuk bertemu dengan seseorang – seperti babak dalam filem romantis,” Chiang Tsung-Wei, jurucakap You and Me kepada CNN Travel.

Penerbangan tanpa tujuan kini menjadi popular setelah wabak COVID-19 melanda dunia, dengan perkhidmatan serupa mula mendapat tempat di Taiwan, Brunei, dan Australia.

Menurut CNN Travel, semua 40 tempat duduk dalam penerbangan pertama habis terjual dalam masa seminggu, dengan lebih dari 400 pemohon bersaing untuk mendapatkan tempat duduk.

Terdahulu, Singapore Airlines difahamkan telah menukar pesawat terbesar dunia jadi restoran, kini menawarkan khidmat penghantaran makanan. Klik pautan di bawah untuk membaca.

Singapore Airlines Tukar Pesawat Terbesar Dunia Jadi Restoran, Tawar Khidmat Penghantaran Makanan

Malaysia Airlines Dilaporkan Berisiko Bankrap Tanpa Bantuan Kewangan

Malindo Air Sedia Potong 50% Gaji Staf Berikutan Coronavirus

Sumber