Nama pereka fesyen terkenal, Hana Tajima Simpson sering diperkatakan kerana fesyen yang dicetuskan olehnya memberi pengaruh yang besar dalam kalangan masyarakat dunia terutama sekali dalam kalangan wanita.

Terbaharu, Hana Tajima yang juga ikon hijabi itu mengakui sudah lagi tidak bertudung disebabkan tertekan untuk menjadi Muslimah mengikut perspektif dikehendaki masyarakat. Menurutnya, beliau juga membawa beban tidak dikehendaki kerana ia membuka ruang untuk dirinya terus menerus menjadi mangsa kritikan umum.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Pada awalnya, Hana berasa agak sukar untuk membincangkan hal ini dan beliau sudah memikirkan perkara berkenaan dalam satu tempoh yang agak lama. Tambahnya, Hana yang memeluk Islam pada usia 18 tahun itu turut mengatakan bahawa ia sukar untuk mencari keseimbangan di dalam dirinya dan hijab serta bukan mudah untuk terus menutup auratnya semata-mata demi memuaskan hati orang lain.

ketika ini, Hana ingin berubah menjadi seseorang yang lebih menghargai diri dan cuba mengalihkan fokus terhadap pendapat yang mengatakan tudung sebagai kayu pengukur kepada kebaikan. Walaupun Hana suka akan hijabnya dan masih belajar untuk menyukainya, namun ia bukannya sebahagian daripada identiti luarannya lagi dan lebih kepada sebahagian daripada dalam dirinya.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengikutnya dari seluruh dunia memberikan kata-kata semangat buat Hana dan mengharapkan agar beliau terus dapat memberikan inspirasi kepada orang ramai walaupun pengumuman tersebut mengejutkan mereka.

Sementara itu, kami kongsikan beberapa artikel yang sedang ‘trending’ di The Vocket pada pautan di bawah.

Forest City Johor Tersenarai Sebagai Megaprojek Paling ‘Tidak Berguna’ Di Dunia

‘Geng Kuda’ Tinggalkan Najis Di Drive-Thru McDonalds Raih Kecaman Netizen

Terbengkalai Dan Suram, Keadaan Terkini MAPS Ipoh Selepas Ditutup Tahun Lalu Buat Netizen Sedih