Sudah pasti salah satu hari yang menggembirakan dalam hidup apabila kita dapat memiliki kereta diidam-idamkan, lebih lagi kereta tersebut dibeli pada harga yang berpatutan.

Namun, lain pula jadinya kepada sepasang suami isteri ini apabila mendakwa mereka terbeli kereta curi daripada platform penjual kereta terpakai dalam talian.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Pasangan suami isteri itu, Mohd Zulikram Shamsidi merupakan seorang jurutera bersama isterinya Nor Saidatul Wanida Mohd Hazani memberitahu bahawa mereka terpaksa berhadapan dengan kesukaran serta kerugian kewangan disebabkan pembelian kereta tersebut.

Oleh sebab itu, pada dua bulan lalu mereka telah mengemukakan saman kecuaian terhadap Carsome Sdn Bhd dan Maybank Islamic Bhd sebagai defendan, serta menuntut ganti rugi bernilai RM100,000 daripada Carsome.

Pada masa yang sama, mereka berdua juga mahukan pengisytiharan pembatalan perjanjian sewa beli dibuat bersama Maybank Islamic, selain mahukan pulangan semula yuran tempahan, deposit dan bayaran ansuran dua bulan, serta ganti rugi RM123,647.86 daripada institusi kewangan tersebut.

Menurut kenyataan daripada Tetuan Sugu K & Partners, Zulikram melihat iklan penjualan kereta tersebut di laman platform Carsome dan membuat keputusan untuk membelinya pada harga RM103,697.81 pada bulan November lalu.

Namun pada 12 Februari tahun ini, Zulikram menerima panggilan daripada pihak polis yang memberitahu bahawa kereta yang dibelinya berkemungkinan besar kereta curi. Dua hari selepas itu, keretanya disita untuk pengujian di Jabatan Kimia.

Pada 18 Februari Zulikram menerima surat daripada syarikat insurans yang memaklumkan pada tahun 2018 pemilik terdahulu telah memfailkan tuntutan ‘total loss’.

Zulikram mendakwa bahawa Carsome didapati cuai dalam memastikan setiap kenderaan yang dijual bukanlah unit ‘curi’ sebelum membuat pengiklanan dalam platform mereka.

Namun, pihak Carsome menjelaskan mereka bergantung kepada laporan Puspakom yang menyatakan bahawa casis kenderaan tersebut tidak diusik dan semuanya dalam keadaan baik sebelum ia dijual kepada plaintif.

Maybank Islamic pula mengambil pendirian bahawa ia tidak mengetahui bahawa casis kereta tersebut telah diubah dan mereka bukanlah pihak yang terlibat dalam perkara tersebut. Tambahnya lagi, memandangkan ianya kereta terpakai, jaminan di bawah Seksyen 7 (1) Akta Sewa Beli adalah tidak berkait dengan bank.

Habizan Rahman, yang mewakili pasangan itu mengatakan pengurusan kes akan diadakan pada 2 November akan datang.

Anda boleh baca lagi artikel-artikel yang jadi tumpuan pembaca The Vocket sepanjang minggu ini melalui pautan di bawah.

Lebih 5 Bulan ‘Hilang’, Sajat Yang Bersembunyi Di Thailand Ditahan Pihak Berkuasa

Tular Gambar Buat Lawatan Mengejut Di Hospital, Pandelela Dedahkan Sikap Sebenar KJ

Rakaman Mak Cik Ini ‘Terpaksa’ Langgar Axia Untuk Keluar Parkir Curi Tumpuan Ramai