Ketika ini, ramai sudah tidak sabar mahu memulakan langkah untuk bercuti. Mana tidaknya, kita terpaksa bekerja dari rumah dan tidak boleh merentas daerah disebabkan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan.

Terbaharu, sebuah ‘Maze Park’ atau taman pagar sesat terbesar di Malaysia telah dibina. Terletak di Tanjung Tualang Tin Dredge No. 5, Perak, anda boleh merasai pengalaman untuk keluar daripada pagar sesat.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Untuk pengetahuan anda, kawasan tersebut memiliki 1001 kisah berkaitan industri pelombongan biji timah di Perak. Bukan itu sahaja, anda juga boleh melihat kapal korek biji timah yang berusia lebih 82 tahun di sana.

Anda akan mendapat tambah ilmu pengetahuan berkaitan sejarah pelombongan biji timah dan juga berhibur bersama keluarga dengan bermain di pagar sesat. Difahamkan, destinasi ini dibuka setiap hari pada jam 9 pagi hingga 6 petang.

Adakah anda mahu mencuba pagar sesat ini dan turut berkunjung ke kapal korek biji timah? Pastinya tarikan baharu ini akan menarik lebih pelancong ke Perak.

Sementara itu, kami kongsikan beberapa artikel menarik di ‘The Vocket’ pada pautan di bawah.

Hotel Angkasa Lepas Pertama Lengkap Dengan Pawagam Dijangka Siap Sekitar 2027

Taman Tema Genting SkyWorlds Bakal Dibuka Pertengahan 2021

Mahu Buka Pintu Sempadan, Thailand Bakal Mansuh Kuarantin Wajib Bagi Pelancong Sudah Terima Vaksin