Sekiranya anda mengikuti perkembangan harga bagi kriptowang bitcoin, pastinya anda cukup tahu harganya kini sudah melambung tinggi mencecah ratusan ribu ringgit untuk 1 BTC.

Peningkatan harga yang tinggi sejak beberapa bulan terakhir ini secara tidak langsung membuatkan mereka yang pernah mempunyai kriptowang ini sedia untuk menjual semula dalam usaha untuk menukarnya kepada matawang.

Screenshot-2021-01-15-095933 (1)

Sumber: jackiepost365

Di sebalik keghairahan orang ramai untuk berdagang menggunakan bitcoin, situasi yang berlaku James Howells ini nampaknya sedikit berbeza apabila beliau dikatakan mempunyai sekitar 7,500 bitcoin yang disimpan beliau sejak daripada tahun 2009 lagi.

Meskipun memiliki jumlah bitcoin yang banyak, beliau kemudiannya dikatakan tidak menyimpan maklumat dan keterangan mengenai akaun kriptowang beliau. Lebih menyayat hati, beliau telah membuang komputer beliau di pusat pelupusan sampah berdekatan rumahnya sekitar tahun 2013.

7 tahun berlalu, melihat harga bitcoin yang melambung tinggi, beliau memilih untuk menawarkan majlis bandaran di kawasan beliau ganjaran sebesar $55 juta (RM222 juta) sekiranya berjaya menjumpai komputer atau setidaknya cakera keras milik beliau.

Screenshot-2021-01-15-095920 (1)

Sumber: jackiepost365

Screenshot-2021-01-15-095949 (1)

Sumber: jackiepost365

Melihat kembali kepada kisah pembuangan beliau sekitar tujuh tahun lalu, James Howells nampaknya masih optimis cakera keras yang dibuang masih berpeluang untuk dijumpai semula.

Siapa sangka, ‘sampah’ yang dulunya tidak ada nilai kini menjadi rebutan ramai. Buat James Howells, beliau yakin sampah yang dibuang beliau antara sampah termahal pernah dibuang seseorang di dunia.

Isu yang menimpa James Howells ini sekaligus memberi pengajaran kepada orang ramai untuk sentiasa menyimpan keterangan kriptowang dengan baik agar masalah melibatkan lupa password dan sebagainya tidak menjadi isu.

Ketahui juga kisah seorang lagi pemilik bitcoin yang ‘kerugian’ RM890 juta gara-gara terlupa password kriptowang beliau.

Gara-Gara Terlupa ‘Password’, Pelabur Ini Hilang Akses Kepada Bitcoin Berjumlah RM890 Juta

TNB Rugi RM3.2 Juta Berikutan Aktiviti Bitcoin Secara ‘Haram’ Di Kuantan

Anda Mungkin Suka