Nama MK K-Clique cukup dikenali dalam kalangan rakyat Malaysia. Mana tidaknya, penyanyi rap dari kumpulan K-Clique yang memiliki bakat tersendiri turut menerima kecaman ramai apabila gemar memakai aksesori seperti rantai dan gelang emas.

Terbaharu, MK atau nama sebenarnya Muhammad Hairi Amin Hamdan telah menjadi perhatian ramai apabila penampilannya tidak menggayakan gelang dan juga rantai emas ketika mengikuti kelas bersama jemaah tabligh tular di media sosial.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Menerusi laporan, selama 3 hari MK berkampung di Jerantut, Pahang untuk mendalami ilmu agama dan melakukan aktiviti sunnah seperti menunggang kuda dan makan dalam dulang beramai-ramai.

Malah, MK juga dilihat sudah menanggalkan gelang dan rantai emas serta kelihatan gembira mengikuti kelas agama tersebut. Difahamkan, MK masih akan meneruskan kerjayanya sebagai seorang penyanyi rap. Semoga MK akan terus istiqamah untuk berubah ke arah kebaikan.

Sementara itu, kami kongsikan beberapa berita dalam industri hiburan tanahair pada pautan di bawah ini.

Selepas Kontroversi Anti Vaksin, Zul Yahya Umum Keluar Tabligh Demi Jaga Nama Baik Jemaah

Pengarah Filem Ternama Puji Roh, Dakwa Ia Salah Satu Karya ‘Amazing’ Baginya

Mahu Pertahankan Maruah Keluarga, Ali Puteh Dedah Kes Saman Isteri Arwah Abam Bocey Bermula